Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Peribahasa

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan istilah 'walau' dan 'walaupun'?Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tugas. Walau bermaksud "dan sekiranya" dan sama maksud dengan walaupun. Saudara boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=walau untuk contoh ayat.Tatabahasa24.07.2013
Mohon sahkan penggunaan bahasa ini dan sekiranya salah mohon perbetulkan: 1. Program Agropreneur Muda 2. Anugerah Agropreneur Agrobank 2016 3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016 4. Anugerah Usahawan Agrobank Cemerlang 2016 Terima KasihPenggunaan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Program Usahawan Tani Muda
 
2. Anugerah Usahawan Tani Agrobank 2016

3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016
Istilah07.04.2016
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas?

Frasa yang betul:

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
  2. Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.

Tatabahasa17.10.2022
Salam.. Mohon pencerahan berkaitan soalan berikut. 1. Apakah tarikh hari ini? 2. Hari ini berapa hari bulan? 3. Berapakah tarikh hari ini? Berdasarkan soalan di atas, yang mana satu soalan yang betul, dan sekiranya ada cadangan soalan untuk menggantikan soalan di atas amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih

Ayat tanya betul adalah seperti yang berikut:

1.     Tarikh hari ini berapa?

2.     Berapakah tarikh hari ini?

Tatabahasa17.01.2015
Saya salah seorang pelajar dari jurusan Bahasa Melayu dari IPTA ingin bertanya apa skop kerjaya bagi jurusan saya? dan sekiranya saya berminat untuk mendapatkan pekerjaan di DBP apakah jenis pekerjaan tersebut? Harap pihak DPB boley menjawab soalan saya.Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh tuan layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Tuan boleh mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Tuan boleh mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pengurusan Personel. Walau bagaimanapun pengambilan kakitangan bergantung pada kekosongan jawatan yang ada.Lain-lain24.09.2013
Saya ingin memohon lesen majlis di Labis . Oleh itu, saya ingin pihak tuan atau puan untuk memantau ejaan saya dan sekiranya tiada masalah , sila balas semula dengan surat kelulusan. Terima kasih.
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain28.04.2017
Kesalahan huruf besar adakah kesalahan bahasa @ kesalahan ejaanTuan/puan,

Kesalahan penggunaan tulisan besar dan kecil dianggap sebagai satu kesalahan bahasa dan sekiranya dikategorikan jenis kesalahan, dimasukkan dalam kesalahan ejaan.
Lain-lain13.03.2018
Salam Sejahtera, Kami memerlukan khidmat alih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk dokumen syarikat. Adakah DBP mempunyai khidmat alih bahasa dan sekiranya ada, sila kemukan sebut harga untuk khidmat tersebut. Sekian terima kasih, YanDewan Bahasa dan Pustaka tidak ada menyediakan perkhidmatan alih bahasa atau penterjemahan.  Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) atau Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk perkhidmatan tersebut.  Terima kasih.

Lain-lain20.02.2018
Adakah nama KL Sentral boleh digunakan dalam buku penerbitan sekolah? atau adakah perlu dieja dengan penuh iaitu Kuala Lumpur Sentral? Terima kasih.Untuk penggunaan nama tersebut kali pertama, dicadangkan ditulis Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan sekiranya nama tersebut diulang, KL Sentral boleh digunakan.Lain-lain02.01.2024
Salam, betulkah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini? - Chu Yong menyorok di belakang seketul batu besar. Terima kasih.

Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu, jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu dan sekiranya besar sehingga orang boleh menyorok di belakang, tidak perlu  diletakkan penjodoh bilangan.

Tatabahasa11.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas