Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan-dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(535)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana meningkat koheren dan kohensi dalam penulisan formal dan bentuk cereka, novel dan cerpen.
Bagus kerana saudara mengambil berat tentang prinsip asas dalam linguistik teks dan retorik terutama amalan praktis untuk meningkatkan koheren serta kohesi dalam penulisan formal dan kreatif. 

Ringkasnya, koheren tentang idea wacana tersusun dan logik, manakala kohesi tentang keterkaitan hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan satu wacana yang lengkap dan gramatis. 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Formal:

Susun Rangka Penulisan Secara Sistematik: Mulakan dengan pengenalan yang jelas, diikuti isi utama yang tersusun mengikut topik, dan diakhiri dengan kesimpulan yang menguatkan mesej.

Gunakan Kata Hubung yang Sesuai: Antara misalan termasuklah "oleh itu", "selain itu", "bagaimanapun", "seterusnya", untuk mengaitkan idea agar aliran tulisan lebih lancar.

Jaga Kesinambungan Idea: Setiap perenggan harus berpaut kepada idea utama. Elakkan lompat dari satu perkara ke perkara lain secara tiba-tiba.

Periksa Gaya Bahasa dan Tatabahasa: Penulisan formal memerlukan bahasa yang tepat dan lengkap dari segi tatabahasa untuk memudahkan pemahaman.

 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Cerpen, Novel, dan Cereka:

Bangunkan Plot dan Tema dengan Jelas: Pastikan jalan cerita tersusun dengan baik supaya pembaca boleh mengikuti perkembangan cerita dengan mudah.

Gunakan Dialog dan Naratif yang Bersifat Kohesif: Dialog antara watak harus berkaitan dengan keadaan cerita dan naratif menjelaskan suasana, perasaan, atau tindakan watak secara jelas.

Pengulangan dan Sinonim: Penggunaan perkataan yang berulang atau sinonim dapat membantu mengekalkan fokus pembaca dan sambungan antara ayat dan perenggan.

Perhatikan Gaya Bahasa: Dalam bentuk sastera, bahasa boleh bersifat lebih kreatif tetapi jangan sampai mengganggu kelancaran pemahaman.

Untuk rujukan tambahan, sila dapatkan buku tulisan Asmah Haji Omar, Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah di kedai Ujana Buku DBP atau layari DBPniaga (dbpniaga.my).




Karya21.07.2025
Salam sejahtera, 1.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat dan bervitamin. 2.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat untuk manusia. 3.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada manusia. 4.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada kita. Adakah ayat-ayat ini betul?Terima kasih.

Semua contoh ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa04.07.2024
Salam sejahtera. Antara berikut, yang mana lebih tepat digunakan dalam ayat? Mengapa? 1. Saya dan ibu bapa / Ibu bapa dan saya 2. Saya dan Fatimah / Fatimah dan saya

Keempat-empat contoh yang diberikan boleh digunakan.

Tatabahasa20.06.2025
Assalamualaikum. Apakah perbezaan penggunaan "antara ...dengan" dan "antara...dan"? Adakah ayat yang melibatkan 2 perkara menggunakan "antara ... dengan"? Yang manakah ayat yang betul: (1) Persahabatan antara Ali dengan Abu...(2)Persahabatan antara Ali dan Abu... Terima kasih.

Penggunaan ayat betul "antara ...dengan...". Contohnya,  “Persahabatan antara Ali dengan Abu …”

Untuk makluman, perkataan antara ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Kata sendi nama “antara” boleh digunakan pada awal ayat bagi menerangkan:

· Perbandingan

· Merujuk dua atau beberapa orang, benda, keadaan dan sebagainya yang dibuat perbandingan

· Terbatas kepada

· Sementara

· Kira-kira atau lebih kurang

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 284 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 114.

Tatabahasa28.05.2025
Perbezaan “menyakiti hati” dan menyakitkan hati”?

Menurut Kamus Dewan Perdana, menyakiti bermaksud menyebabkan seseorang berasa sakit dan berkenaan dengan kata-kata dan perbuatan menyebabkan hati dan perasaan berasa sakit.

Menyakitkan adalah menjadikan atau menimbulkan rasa sakit pada sesuatu.

Menyakitkan hati bermaksud menyebabkan seseorang berasa sangat tersinggung, geram dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau hal.

Oleh yang demikian, menyakiti hati dan menyakitkan hati membawa maksud yang sama dan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1932-1933.

Tatabahasa04.12.2024
Apa beza baharu dan baruBaru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun, buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Untuk menghasilkan penggunaan yang gramtis, baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "Dia baru sampai dari kampung." dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "DBP menerbitkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu".Ejaan20.04.2025
Apakah beza baharu dan baru?Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun, buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Untuk menghasilkan penggunaan yang gramtis, baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "Dia baru sampai dari kampung." dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "DBP menerbitkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu".Ejaan20.04.2025
Manakah yang betul, dan perbezaan antara “pesolek” dan “penyolek”?Salam sejahtera.

Kedua-dua perkataan tersebut betul dan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks. Pesolek ialah orang yang suka bersolek, manakala penyolek ialah orang yang menyolek seseorang.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Fauziah binti Hassan
Makna13.03.2025
Selamat sejahtera, mohon pencerahan tentang 2 soalan: 1) Apakah beza konkrit "Hingga" dan "Sehingga" ? Adakah Hingga hanya untuk batasan had jelas seperti masa dan harga. Dan Sehingga untuk batasan seperti apa? 2) Apakah padanan perkataan BM yang sesuai untuk "Browse" - contohnya seperti "Browse our products". Adakah "Lihat produk kami" atau ada padanan lain? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana  (DBP, 2020) halaman 775, sehingga merupakan kata sendi nama yang bermaksud sampai menjadi atau sampai pada sesuatu keadaan; hingga; hinggakan.

Oleh itu, hingga dan sehingga mendukung makna yang sama.

Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat.

 Contoh:

 Pegawai itu berjaga hingga pagi.

Manakala, sehingga digunakan sama maksud dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. 

Contoh:

Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat.

Tatabahasa11.07.2024
Adakah perkataan adab dan peradaban membawa maksud yang sama?sekiranya tidak, apakah perbezaan keduanya.Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh makna dan maklumat berkaitan adab dan peradaban secara ringkas. Untuk memperoleh perbezaan antara kedua-duanya, sila ikuti pengajian Falsafah dan Tamadun atau Sosiologi dan Antropologi untuk mendalami falsafah dan konsep yang terkandung di dalamnya secara terperinci.Makna11.12.2024
12345678910...

Kembali ke atas