Salam Sejahtera. Saya telah berusaha mencari jawapan untuk soalan ini namun tidak berjaya. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Bolehkah perkataan 'dana' digunakan sebagai kata kerja seperti 'mendanai'? Jika begitu betulkah penggunaan perkataan 'pendana' untuk merujuk kepada orang yang mengeluarkan dana? | Untuk makluman tuan, dana merupakan kata nama. Perkataan "dana" boleh menerima menerbitkan perkataan lain seperti pendana dan mendanai tetapi penggunaan telah mantap sekiranya menggunakan pemberi dana dan memberi dana. | Tatabahasa | 19.11.2013 |
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut. | Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
En Sulaiman, Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk memohon dana bagi membuat kajian penulisan buku (bukan penerbitan buku). (1) Adakah borang tertentu yang boleh dimuat turun? (2) Berapakah jumlah maksima yang boleh diberikan oleh DBP? Sekian, terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana bagi membuat kajian penulisan buku. | Lain-lain | 23.10.2012 |
Saya hendak menerbitkan buku Quran Terjemahan Bahasa Melayu tanpa sebarang huruf jawi atau ayat al quran . 1 Saya ingin tahu adakah DBP ada memberi peruntukan dana penerbitan 2 Bagaiman memohonnya Terima kasih | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana penerbitan bagi tujuan penerbitan tersebut. | Lain-lain | 22.06.2012 |
Saya berminat dan ingin bertanya tentang prosedur terperinci bagi mendapatkan dana/geran bagi penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bulan Oktober lalu. Siapakan pegawai yang sepatutnya saya hubungi? Jika ada borang atau maklumat tambahan yang boleh saya dapat melalui laman web DBP, silalah beri pautannya. | Pihak kami sedang menyediakan tatacara dan prosedur bagi dana tersebut. Apabila siap nanti, perkara tersebut akan disiarkan dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 04.01.2012 |
Salam Sejahtera, Saya telah mendapati bahawa Kerajaan akn melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mewujudkan dana berjumlah RM2 juta mulai tahun depan bertujuan menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam Bahasa Malaysia. Saya berhasrat untuk menulis buku teknologi untuk guru dan pelajar-pelajar dalam Bahasa Malaysia supaya semua rakyat Malaysia dapat belajar teknologi dengan Bahasa Kebangsaan. Saya ialah Guru Sains di Sekolah, saya berharap saya boleh menulis dan menerbitkan buku sains dan teknologi. Apakah buku yang sesuai saya tulis untuk menepati kriteria menerima ganjaran RM20,000? Sekian, terima kasih. | DBP sedang menyediakan garis panduan dana tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Dr. Amran Joned (telefon: 0122440569). | Lain-lain | 20.11.2011 |
Para pustakawan melapangkan buku mengikut nama penulis. betulkah penggunaan melapangkan dalam ayat di atas dana apakah maksudnya ? kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? | Melapangkan bermaksud menjadikan lapang, melebarkan, meluaska, oleh itu perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah - Pustakawan menyusun buku di rak mengikut nama penulis. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
Salam. Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk perkataan "Electronic Fund Transfer" Terima Kasih | Padanan bahasa Melayunya ialah pindahan dana elektronik. | Istilah | 05.02.2009 |
Salam sejahtera. Saya adalah seorang guru muzik pernah menulis beberapa buku muzik sebelum ini yang telah diterbitkan oleh beberapa penerbit swasta dan universiti tempatan. Pada 11 September 2007 saya telah menubuhkan Syarikat TABUH EMAS (pemilik bersama isteri saya / kerana saya seorang pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat). Kini syarikat TABUH EMAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1" ISBN 978-783-43662-0-9 dan sedang dalam proses akhir percetakan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 2" ISBN 978-983-43662-1-6. Kerja-kerja persediaan penulisan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 3" telah dimulakan dan dijangka diterbitkan pada penghujung 2009 ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DANA INDUSTRI BUKU yang dikatakan hanya digunakan RM3J daripada RM10J yang telah diperuntukkan. Adakah kami layak untuk memohon dana tersebut dan bagaimanakah caranya. Saya telah pun menulis surat kepada Ususetia Dana mengenai perkara ini. Terima kasih MASTOR HJ JARKASEH Tabuh Emas (IP-0265571-U) No.53 Jalan Teratai Taman Serendah Sabak Bernam 45200 Selangor | Sila daftar dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu iaitu dibawah kod bidang 010100 dibawah bahan bacaan kemudian memohon untuk mendapatkan dana. | Lain-lain | 24.04.2009 |
Saya telah menulis dan menerbit buku "Let's get physical" 48 muka surat, berwarna-warni, banyak ilustrasi cara bersenam, dll. Saya ingin menterjemah buku tersebut ke BM. Bolehkah pihak DBP bantu saya dari segi dana dan apa jua bantuan lain? Terima kasih. | Penterjemahan dokumen yang berbentuk teks penuh tidak dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. Walau bagaimanapun penterjemahan dokumen yang lebih berbentuk mencari padanan kata atau istilah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi faridah@dbp.gov.my. Bagi penterjemahan dokumen berbentuk teks penuh, saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, 03-41497210, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, 03-21424381, www.terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 28.06.2010 |