| Saya sedang menjalankan kajian berkenaan pengurusan bencana. Terdapat banyak istilah yang berkaitan yang perlu diperjelaskan terutama yang melibatkan terjemahan daripada bahasa inggeris seperti risk, danger, hazard dan disaster yang diterjemahkan kepada risiko, merbahaya, bahaya dan bencana. 1. Adakah terjemahan saya di atas adalah betul? 2.mohon pihak tuan menjelaskan beza antara keempat-empat istilah ini 3. Mohon penjelasan mengenai penggunaan istilah geobencana (geodisaster)dan geobahaya (geohazard). Adakah istilah ini boleh digunapakai atau perlu menggunakan perkataan penuh seperti bencana geologi dan bahaya geologi | 1. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menterjemahkan risk kepada risiko, danger kepada bahaya, hazard terkandung maksud risk dan danger di dalamnya, dan disaster bencana atau malapetaka. 2. Tidak ada maklumat tentang perkataan geobencana dan geobahaya dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan perkataan bahaya geologi dan bencana geologi digunakan bagi memberi faham kepada khalayak tentang perkataan tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2015 |