saya ingin mengetahui fungsi diksi dalam karya sastera | Diksi dalam maksud yang mudah ialah 'pemilihan kata'. Bila melihat diksi dalam karya sastera, kita akan membicarakan tentang pemilihan perkataan-perkataan yang khusus oleh pengarang. Adakah perkataan-perkataan yang dipilih itu sesuai dengan tema cerita? Adakah perkataan itu dapat dengan jelas dan berkesan menggambarkan satu-satu peristiwa atau suasana? Adakah perkataan-perkataan itu dapat menerangkan tentang watak, sifat dan gerak lakunya?Secara umum dalam kajian diksi dalam karya sastera kita boleh melihat dari dua sudut, iaitu perkataan yang konkrit dan abstrak. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.08.2009 |
tuan/puan, boleh tak jelaskan diksi dan fungsinya dalam sastera secara terperinci. Sekian, terima kasuh | Diksi dalam maksud yang mudah ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Bila melihat diksi dalam karya sastera, kita akan membicarakan tentang pemilihan perkataan yang khusus oleh pengarang. Adakah perkataan-perkataan yang dipilih itu sesuai dengan tema cerita? Adakah perkataan itu dapat dengan jelas dan berkesan menggambarkan satu-satu peristiwa atau suasana? Adakah perkataan-perkataan itu dapat menerangkan tentang watak, sifat dan gerak lakunya?Secara umum dalam kajian diksi dalam karya sastera kita boleh melihat dari dua sudut, iaitu perkataan yang konkrit dan abstrak. | Lain-lain | 14.02.2010 |
Boleh pihak DBP berikan maklumat tentang fungsi diksi yang lengkap berserta contohnya sekali. Kemudian, apakah maksud teori linguistik dan teori bahasa? | Teori ialah pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll: Mewngenai teori linguistik dan teori bahasa, soalan ini agak luas dan memerlukan analisis untuk menjawabnya. Sdr boleh merujuk buku-buku atau tulisan yg menyentuh ttg diksi dan juga teori tentang linguistik dan bahasa ini. Buku-buku yg ditulis oleh Fish, Asmah Hj Omar dan sarjana lain dapat membantu dalam hal ini. T.kasih. | Lain-lain | 21.08.2008 |
Assalamualaikum. Bolehkah pihak DBP menggariskan beberapa gaya bahasa yang puitis seperti penggunaan diksi, metafora dan sebagainya beserta maksud serta contoh-contoh penggunaan ayat dalam sesebuah cerpen atau novel? | Waalaikumsalam. Tentang penggunaan gaya bahasa puitis ini saudara bolehlah melayari laman web kami dengan melihat beberapa contoh penggunaan tersebut khususnya dalam ruangan sastera. Contoh-contoh penggunaan gaya bahasa dalam puisi, cerpen, novel dan sebagainya.Ini mungkin dapat membantu saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 04.01.2007 |
Tuan apakah cara mendapat perkataan yang baharu seperti cara yang digunakan oleh para sasterawan untuk menemukan perkataan baharu..saya dah lihat beberapa karya sasterawan semuanya ada kosa kata serta diksi yang tepat.adakah mereka merujuk kamus? Soalan yang kedua..... saya mahu bertanya kosa kata ilmu yang tidak terdapat di mana-mana karya sasterawan. Soalan yang ketiga Adakah penggunaan ayat ini gramatis. 1.Golongan belia pada abad ke-21 ini,patut seimbang bukan sahaja dalam pendidikan malah dalam semua kegiatan yang menjadikan mereka berharga.Rancangan ini pasti dilakukan oleh mereka sebelum mereka melepaskan usia muda. 2.Amalan membaca membawa seribu satu kepentingan.Antaranya,mencanai pelajar berupaya menulis esei yang gramatis.Melalui amalan ini,mereka mendapat pendapat yang logik,tepat dan sesuai.Agar mereka kurang membuat kesalahan bahasa dari segi tatabahasa,ayat,imbuhan,peribahasa,ejaan dan istilah.Contohnya,buku-buku yang berbentuk fiksyen,novel dan contoh karya satirawan dapat membantu menambah kosa kata.Hasilnya.pelajar dapat memperkaya bahasa.Pada masa yang sama,pelajar yang kaya dengan kosa kata mengaplikasikan kosa kata tersebut pada permulaan ayatnya jikalau pemeriksa kertas dapat menyemai perasaan ghairah dan juga pelajar tersebut menghasilkan 'first impression'pada muka pemeriksa tentu mereka memperoleh markah yang terbaik. | Tuan/puan dinasihati membuat penyelidikan tentang perkara melalui pembacaan atau rujukan dalam makalah yang diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan, atau kertas-kertas kerja atau penulisan ilmiah di perpustakaan ipta/s atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, DBP. Penggunaan ayat yang gramatis. 1. Gaya hidup golongan belia pada abad ke-21 ini haruslah seimbang, bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah dalam semua bidang yang menjadikan mereka lebih bernilai. Perkara ini harus dilakukan sebelum melangkau usia muda. 2. Amalan membaca membawa banyak kelebihan. Antaranya termasuklah pelajar berupaya menulis esei dengan gramatis. Melalui amalan ini, mereka akan mempunyai idea yang logik, tepat dan sesuai dan dapat mengurangkan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, ayat, imbuhan, peribahasa, ejaan dan istilah. Contohnya, buku-buku yang berbentuk fiksyen, novel dan contoh karya sasterawan dapat membantu menambah kosa kata. Hasilnya, pelajar dapat memperkaya kosa kata dan meningkatkan penggunaan bahasa yang betul. Pada masa yang sama, pelajar yang kaya dengan kosa kata dapat mengaplikasikan kosa kata tersebut dalam penulisan yang akan memberi kesan kepada pemeriksa kertas dan pelajar tersebut memperoleh markah yang baik. | Lain-lain | 21.06.2018 |
CONTOH NILAI MURNI DALAM PANTUN MELAYU. HURAIKAN TENTANG GAYA BAHASA DALAM CERPEN? | Nilai-nilai murni dalam pantun secara umumnya ialah nilai-nilai baik yang boleh dijadi panduan. Contoh nilai murni dalam pantun di bawah: Baju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia.
Dalam pantun di atas, nilai murni dapat dilihat dalam bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat yang mengingkat kita tentang perbuatan menghina sesama sendiri yang tidak membawa manfaat dengan ingat kita hanya manusia biasa yang tertu sahaja ada melakukan kesalahan. Gaya atau gaya bahasa dikenal dalam ilmu retori dengan istilah style. kata style adalah kata yang diambil dari kata Latin, iaitu stilus. Secara umum untuk meneliti gaya bahasa dalam sesebuah cerpen dalam dilihat daripada pemilihan diksi atau pemilihan kata yang boleh pula dibahagian kepada beberapa ciri seperti klimaks, antiklimaks, paralisme, antitesis repetisi dan sebagai. Cadangan sila rujuk buku gaya bahasa. sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 08.01.2009 |