1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak. | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 24.03.2018 |
1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak. | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 24.04.2014 |
1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak. | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 24.04.2014 |
Tuan, adakah ayat ini betul? (1) Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Ini ada hubungan dengan soal letak akhiran pementing cerita -kah. Sila meninjau WordPad saya untuk memahami kajian saya tentang letak akhiran pementing cerita -kah yang paling sesuai. | Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Penggunaan partikel -kah dalam ayat ini betul, iaitu sebagai penegas frasa predikat yang mengalami proses pendepanan. | Tatabahasa | 20.12.2016 |
Frasa yang mana kah lebih tepat sebagai terjemahan untuk istilah 'rechargeable battery'.....'bateri boleh dicas semula' atau 'bateri boleh diulang cas' ? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rechargeable battery ialah bateri dapat dicas semula. | Istilah | 22.04.2009 |
perkataan bandar raya,boleh kah digunakan sebagai kata nama khas,contoh dalam ayat ini: Bandar raya Kuala Lumpur tersergam indah. atau perlu di sambung seperti ini: Bandaraya Kuala Lumpur. Harap pihak DBP dapat menjawab soalan ini secepat mungkin.Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah bandar raya. Penggunaan yang betul ialah Bandar Raya Kuala Lumpur tersergam indah tetapi pihak DBKL mengejanya rapat untuk membolehkan mereka menggunakan akronim B bagi Bandar Raya. | Tatabahasa | 05.09.2007 |
Azlinda AS THURS 16:29 Assalamualaikum..saya nak tanya tentang Majalah Dewan Pelajar...mana nak dapat...zaman saya sekolah dulutahunn 80an senang nak dapat majalah tu...sekarang pegi kedai pun takde jumpa...boleh bagi panduan Masa saya sekolah dulu selalu hantar karangan untuk mjalah ni....bila karangan terpilih dan disiarkan dapat hadiah buku cerita...sekarang masih macam tu juga kah | Majalah Dewan Pelajar boleh dibeli di mana-mana kedai buku di negara kita. Untuk melanggan sila hubungi talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 30.03.2017 |
ASSALAMUALAIKUM SAYA PN NATRAH SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN BERKENAAN LESEN DBKL. KAMI DIFAHAMKAN MASA PKP NI KAMI TIDAK DAPAT BERURUSAN. SAYA INGIN MEMOHON LESEN PREMIS DI PEKAN SG BESI , KEDAI JAHIT PAKAIAN. BOLEH KAH SAYA MEMOHON DISINI UNTUK MENDAPATKAN EJAAN DAN TULISAN YANG BETUL PADA PAPAN TANDA DIKEDAI SAYA. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU. BERSAMA INI SAYA SERTAKAN DOKUMEN UNTUK RUJUKAN TUAN SEKIAN, TERIMAKSIH PN NATRAH | Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam visual iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. 1. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran), aktifkan akaun melalui e-mel yang telah didaftarkan dan log masuk. 2. Setelah log masuk, sila pilih Daftar Iklan dan isi maklumat pelanggan (rujuk Panduan Pelanggan). 3. Sila buat bayaran setelah pendaftaran permohonan iklan berjaya. 4. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Catatan pembetulan pada visual iklan: 1. SDN. BHD. (pastikan letak titik untuk singkatan dan jarakkan selepas titik) 2. Sila nyatakan alamat penuh, cadangan: NO. 63-1 & 73 (IBU PEJABAT), JALAN TASIK UTAMA 6, MEDAN NIAGA, TASIK DAMAI, 57000 KUALA LUMPUR. 1 | Lain-lain | 08.07.2021 |
Umur saya 10 tahun sekarang.Boleh kah saya melanggang Khidmat Nasihat?Saya hanya melanggang borang ini untuk menjayakan kehidupan saya. | Terima kasih atas keprihatinan adik tentang Khidmat Nasihat kami khususnya demi pemantapan penguasaan bahasa adik. Untuk makluman adik, Khidmat Nasihat ini tidak perlu dilanggan. Khidmat ini percuma demi membantu masyarakat menguasai bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan seperti pelajaran, surat-menyurat, dokumen, iklan dan sebagainya. Semoga kami dapat membantu adik. Tahniah atas kprihatinan adik. Sekian, dan terima kasih. | Lain-lain | 11.06.2008 |
Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih | Puan Khadijah, Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa. Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya. | Makna | 22.05.2010 |