Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapatkah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dapatkah " agenda utama" dikaitkan dengan industri pelancongan? Contoh: Industri pelancongan menjadi agenda utama kerajaan dalam usaha membangunkan negara. Adakah ayat ini sesuai? Jika tidak, sila beritahu. Sekian.

Agenda utama boleh dan sesuai digunakan dalam konteks yang dikemukakan.

Makna13.09.2011
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN

Antara contoh pantun:

Pasang lampu pasang pelita,

    Pasang mari laut jambatan;

Kekalnya jodoh jangan dipinta,

    Memang jodoh jadi suratan. 

 

Budak-budak duduk di pintu,

    Apa dibuat mencari kutu;

Habislah wang beribu-ribu,

   Sukalah hati mendapat menantu. 

 

Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. 

Lain-lain19.02.2010
Dapatkah ayat ENGKAU MENCINTAI AKU ditulis seperti yang berikut: KAUCINTAIKU. Mohon pandangan daripada Tuan.Boleh ditulis dengan ayat yang tersebut.Tatabahasa24.10.2007
dapatkah pihak tuan/puan membantu dalam mencarikan saya bilangan dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukakan tentang perbincangan mengenai perbezaan di antar penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? terima kasihSila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994.Lain-lain13.08.2007
Saya ingin mengutarakan 2 soalan. 1. Sekiranya ada cadangan untuk Kedai Buku DBP yang utama ( flagship bookstore ), dapatkah ia disatukan dengan perpustakaan DBP? 2. Dapatkah Kedai Buku DBP menjual buku bahasa Inggeris sebagaimana yang dilakukan oleh Popular Bookstore dan Kinokuniya Bookstore? Terima Kasih

1. Untuk makluman saudara, Kedai Buku DBP diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi DBP manakala Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) pula merupakan salah satu bahagian dalam DBP. Kedai Buku dan PDM merupakan dua entiti yang berbeza.

2. Keutamaan hanya pada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu sahaja.

Lain-lain02.03.2009
Adakah 'benarkah', 'bolehkah', 'dapatkah' tergolong dalam kategori kata tanya?Partikel 'kah' merupakan partikel atau kata tugas yg merupakan penegas utk mementingkan predikat dlm ayat tanya/utk menyatakan pertanyaan: Bukan~ hari ini hari ulang tahunnya?. Guru~ orang itu?. Oleh itu, kesemua kata tersebut tergolong dalam kata tanya.Lain-lain15.11.2010
Apakah pola untuk ayat berikut: i) Dapatkah anda mengatasi masalah ini? ii) Ya, sudah tentu boleh! iii) Eloklah anda mulakan tindakan ini segera.Soalan yang dikemukakan tidak jelas.

Untuk makluman puan, pola ayat terdiri daripada :
 I. Frasa Nama + Frasa Nama
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Frasa Nama+Frasa Sendi Nama
iv. Frasa Nama +Frasa Adjektif

Berdasarkan ayat di atas, ayat pertama merupakan ayat tanya, kedua ialah ayat seru dan ketiga ialah ayat penyata.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa29.11.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'resapan' dan 'peresapan'? Dapatkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan bagi setiap perkataan? Terima kasih.Selamat ptg.
1. Resapan ialah apa-apa yg telah meresap Contoh: Kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh resapan air.
2. Peresapan ialah perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. Contoh: Peresapan unsur-unsur budaya material.
Istilah20.07.2016
Siew Lan berasa gembira sangat kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. (munsyi, jawaban menyatakan ayat ini salah, dapatkah munsyi tunjuk ajar di mahakah kesalahannya? TK)Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sangat merupakan kata penguat bebas. Kata penguat bebas ialah perktaan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Ayat yang dinyatakan ialah betul.Tatabahasa08.03.2013
Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesa kenangan sepanjang zaman. Soalan: Dapatkah akar keladi melilit selasih?Rangkap pantun tersebut hanya merupakan perlambangan bahasa yang mengindahkan lagi susunan bahasa dalam bidang sastera terutamanya dalam penulisan puisi.Lain-lain18.05.2010
12

Kembali ke atas