Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur] | داڤور

Definisi : 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.pur] | داڤور

Definisi : 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur.1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis.Tatabahasa21.05.2009
1. kitchenware 2. utensil1. peralatan dapur 2. perkakas dapurLain-lain21.11.2008
Emak memasak lauk di dapur. Ayat pasif ialah 1. Lauk dimasak oleh emak di dapur. atau 2. Lauk di dapur dimasak oleh emak. Terima kaish.Kedua-duanya betul.Tatabahasa09.07.2010
Salam, benarkah ayat ini " Kakak sedang jarang air di dapur" atau "Kakak sedang menjarang air di dapur"? Terima kasih.Salam. Ayat yang betul ialah "Kakak sedang menjarang air di dapur".Tatabahasa02.04.2013
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima KasihKetiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan  yang berlainan.  Ayat  kedua yang betul  ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif.  Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.    Tatabahasa04.03.2009
Ibu memasak kari ikan di dapur. Kalau tukar ayat ini kepada ayat pasif ialah jawapan 1 atau 2 ? Boleh berikan penerangan . 1. Kari ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Kari ikan di dapur dimasak oleh ibu. Terima kasih.

Gina,

Sila lihat dan teliti penerangan ini - Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Tatabahasa06.07.2010
emak di dapur sedang memasak. adakah ayat ini betul dan boleh diterima pakai.Ayat yang gramatis ialah emak memasak di dapur.Tatabahasa10.08.2012
Adakah kedua-dua ayat ini boleh diterima? 1) Ibu memasak di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak sambil menyanyi di dapur.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa18.05.2009
Salam. Apakah istilah yang sesuai bagi 'kitchen scale'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "kitchen scale" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penimbang dapur atau alat timbang dapur.Istilah04.11.2013
Adakah perkataan 'menjerang' boleh digunakan untuk 'sup'? Contoh ayat; Nenek menjerang sup ayam di dapur. Adakah perkataan menjerang sesuai digunakan?Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Ayat "Nenek menjerang sup ayam di dapur" betul.Tatabahasa23.05.2012
123

Kembali ke atas