Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pen­dekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau men­darabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung utk menggandakan sesuatu angka (spt 2 × 4 = 8). mendarab membuat hitungan darab; mengali. mendarabkan mendarab sesuatu nombor dgn nombor lain: Apakah jawapannya apabila kita ~ 5 dgn 10? daraban nombor yg dpt dibahagikan dgn sesuatu angka tanpa baki: 10 ialah ~ 5; 4 ialah ~ 2. pendaraban perbuatan (proses dsb) mendarab atau mendarabkan; pengalian: ~ angka-angka yg besar spt itu amat sukar. pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain; pengali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan kali?Kali boleh membawa beberapa maksud antaranya termasuklah darab, waktu dan sungai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kali.Makna06.03.2013
1.What is the value of three fifths of 60 hours? 2.Multiply 10 by 100, then add 160 to the answer, remove 60 and divide the answer by 10. 1.Apakah nilai tiga perlima daripada 60 jam? 2. Darab 10 dengan 100, tambah 160 dengan jawapan, tolak 60 dan bahagi dengan 10. Tolong semak dan betulkan ayat dalam Bm. Please check my bahasa translation. Thank u.

Sdr. Logiswari,

1. Berapakah nilai tiga perlima daripada 60?

2. Darab 10 dengan 100, kemudian tambah 160 kepada jawapan anda, tolak 60 daripada jawapan anda kemudian bahagi jawapannya dengan 10.

Tatabahasa19.04.2010

Kembali ke atas