Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah I

Puisi
 

Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi,
     Tumpah darah ke daun pisang;
Kamek datang tumpang di sini,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Minta dedak kepada orang mengubik.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kempen Memboikot Kedai Makan Mencekik Darah" atau "Kempen Boikot Kedai Makan Cekik Darah"? atau jawapan lain yang lebih tepat?Kempen Memboikot Kedai Makan Cekik Darah. Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Empat,  cekik darah bermaksud memeras (wang, tenaga, dll).Tatabahasa26.06.2011
maksud salur darahSdr,. Yaya kim, salur darah ialah Pembuluh yang membawa darah, terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Makna16.08.2009
Apakah kata adjektif yang sesuai untuk bau peluh dan bau darah?Kata adjektif untuk bau peluh ialah hamis, darah pula ialah busuk.Tatabahasa19.08.2010
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya?Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat IslamLain-lain16.05.2007
Assalamualaikum. Wujudkah istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini yang merujuk kepada proses pengasingan komponen2 darah: "Apheresis"? Sumber lain: http://en.wikipedia.org/wiki/Apheresis Terima kasih.Padanan apheresis dalam bahasa Melayu ialah aferesis.Istilah12.07.2012
apabila saya menanda kertas karangan saya ada menemui ayat sebegini sayuran membekalkan protien yang sangat tinggi kepada manusia bagi menambah darah. apakah komen yang sesuai boleh saya berikan kepada pelajar saya.

Saudara,

Ulasan boleh dibuat bergantung pada  aspek yang hendak dinilai. Aspek yang boleh dinilai ialah aspek fakta, bahasa atau gaya persembahan karangan tersebut.  

Lain-lain27.09.2009
maksud "talasemia" didalam kamus dewan bahasaTalasemia bermaksud sejenis penyakit keturunan yang berpunca daripada kurangnya protein globin yang menjadi komponen hemoglobin dalam darah.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1580. Makna20.11.2008
Bolehkah 'mereka' digunakan utk menggantikan 'their' bagi benda-benda bukan manusia, seperti "septicaemia - the presence in the blood of large numbers of bacteria and their toxins" diterjemahkan " kewujudan bilangan besar bakteria dan toksin mereka di dalam darah."'Mereka' ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan benda. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan septisemia digunakan untuk menggantikan perkataan mereka. Tatabahasa31.03.2011
bagaimana kaedah penulisan sesuatu skrip dilaksanakan?sama ada dalam bentuk dialog, karangan atau selain itu?

Ada beberapa kaedah dalam penulisan skrip drama pentas. Lazimnya ada dua cara, iaitu

1.  Nama watak : dialog

Contoh:

Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

2.                                      Nama watak:

                                              dialog

Contoh:      

                                             Amin:

         Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

 

Sekian, terima kasih.

Lain-lain24.08.2009
1. mengandok 2. mencarakMohon untuk mendapatkan contoh penggunaan mengandok. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mencarak membawa maksud kelihatan muncul, membuka dan melihat daun terup, meminum air dengan mencucurkannya ke mulut, memakan telur dari kulitnya, mengambil untung dengan berlebihan atau menghisap darah.Makna30.08.2006
123

Kembali ke atas