Apaka perbezaan antara parit dan longkang? | Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 04.03.2010 |
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan. | 1. beroleh, memperoleh: <i>~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; i>2. memperoleh, menerima, diberi: <i>mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; i>3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: <i>~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; i>4. menerima (surat, berita, dll): <i>dia kelihatan bermenung setelah ~ telegrami> <i>drpd ayahnya; i>5. menemui, menjumpai, memperoleh: <i>~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati i>ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); <i>~ khabar i>menerima (mendengar) khabar; <i>~ malu i>menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); <i>~ tempati> diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); <i>~ sama berlaba, kehilangan sama merugi i>prb hidup yg seia sekata; 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): <i>Wan Intan berlari ~ suaminya;i> 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): <i>kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; i>3. sl mengunjungi, menziarahi: <i>maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; i>4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: <i>~ kekanda yg diingati;i> mendapat rawatan - tepat | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |