Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari atau daripada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1) terjatuh dari atau daripada basikal 2) mengeluarkan wang dari atau daripada tabung 3) mengeluarkan buku dari atau daripada beg Terima kasih.

Penggunaan kata sendi nama yang betul adalah seperti yang berikut:

 

1.      … terjatuh dari basikal. 

 

2.      … mengeluarkan wang daripada tabung.

 

3.      … mengeluarkan buku daripada beg.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 268-269 atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 481-482 dan laman prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa16.01.2024
Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan.

Jawapan yang betul ialah:

1) Ali menurunkan almari dari lori.

2) Siti turun dari bas sekolah.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272.

Tatabahasa16.03.2025
Tuan, 'dari' atau 'daripada'? Mereka mencari tempat duduk yang agak jauh dari/daripada Farid dan Sheila.Mereka mencari tempat duduk yang agak jauh dari Farid dan Sheila.Tatabahasa26.06.2012
Beberapa faedah dari/ daripada halaman ini Solan; yang manakah lebih tepat? Dari atau daripada

Yang tepat ialah “daripada”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2008), halaman 269.

Tatabahasa23.12.2024
'Berumur tidak kurang dari/daripada 30 tahun'. Apakah penggunaan yang lebih tepat, dari atau daripada?Ayat yang betul ialah "Berumur tidak kurang daripada 30 tahun".Tatabahasa04.08.2015
Sudah tiga hari Sofea keluar dari/daripada hospital dan berehat di rumah. Tuan, dari atau daripada?Sudah tiga hari Sofea keluar daripada hospital dan berehat di rumah.Tatabahasa29.06.2012
Ketua Pengawas yang dilantik hendaklah dari / daripada kalangan guru sekolah kerajaan sahaja. Soalan : dari atau daripada?

Puan Azian,

Kata sendi nama yang betul ialah daripada. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut tentang penggunaan kata sendi nama. 

Tatabahasa13.01.2010
Penggunaan kata sendi nama dari/daripada yang manakah betul dalam ayat berikut: Mohd Akmal merupakan Pegawai Penyelidik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari/daripada Universiti Malaya. Penggunaan kata sendi nama dari atau daripada dalam konteks ayat tersebut yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian daripada Universiti Malaya". Tatabahasa22.11.2023
Saya ingin bertanya tentang kata arah bagi Allah/Tuhan. Dari atau daripada Allah/Tuhan? Pada atau kepada Allah/Tuhan? Atau ikut konteks ayat?Untuk penggunaan dari/daripada atau pada/kepada Allah atau Tuhan boleh digunakan mengikut konteks ayat tersebut. Boleh rujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA. Lain-lain02.05.2021
Untuk bahagian badan, seperti kepala, kaki, mulut, jantung dsb, kata sendi yang betul ialah 'dari' atau 'daripada'? Contohnya: 1. Air liur mengalir keluar dari/daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari/daripada hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar dari/daripada jantung ke seluruh badan.1. Air liur mengalir keluar daripada mulutnya.
2. Saya memohon maaf dari hujung kepala ke hujung kaki.
3. Darah dipam keluar daripada jantung ke seluruh badan.
Kata sendi nama "dari" digunakan bagi menunjukkan arah, tempat dan masa. Kata sendi nama "daripada" digunakan bagi menunjukkan sumber atau perbandingan.
Tatabahasa19.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas