Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari dan daripada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan perkataan "dari" dan "daripada"Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
Tatabahasa06.03.2014
Salam sejahtera. Saya mohon bertanya berkenaan dengan penggunaan dari dan daripada. Dari raut wajah anak istimewa Daripada raut wajah anak istimewa Yang mana lebih tepat dan betul penggunaan dari dan daripada. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dari raut wajah anak istimewa.Tatabahasa14.09.2021
Bagaimana hendak menggunakan dari dan daripada?Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Harap maklumTatabahasa11.12.2006
Apakah perbezaan kata sendi 'dari' dan 'daripada'?Perkataan dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.Tatabahasa14.10.2017
Mohon penjelasan bagi penggunaan dari dan daripadaPenggunaan perkataan dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.Tatabahasa17.11.2017
Penggunaan "dari" dan "daripada". Encik Azrul merupakan wakil dari/daripada syarikat Proton.Ayat yang betul ialah "Encik Azrul merupakan wakil Proton".Tatabahasa27.11.2024
kenapa wujudnya kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada? boleh terangkan cara penggunaan kata dari dan daripada dalam tatabahasa

Kesilapan berlaku apabila pengguna keliru dengan fungsi kedua-dua kata sendi yang tersebut. Kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan masa. Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.

Tatabahasa25.01.2012
Minta penjelasan untuk penggunaan dari dan daripada untuk perbandingan jarak dan masa. Contohnya: 1. Dia ambil masa lebih dari/daripada 1 jam untuk menyiapkan kerja sari kata 2. Dia memandu lebih dari/daripada 50 kmPenggunaan yang betul ialah dari. Ayat yang diberikan tidak mempunyai perbandingan antara dua benda atau perkara.Tatabahasa13.07.2020
Penggunaan dari dan daripadaPuan boleh membuat carian jawapan melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. Tatabahasa09.08.2022
penggunaan kata sendi 'dari' dan 'daripada' Antara frasa berikut, yang manakah betul penggunaannya: a) mengeluarkan wang daripada bank b) mengeluarkan wang dari bankDari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber).Tatabahasa01.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas