Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari daripada

Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Saya menerima surat dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) 2. Encik Roslan dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah 1. Saya menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar. 2.Encik Roslan dari Jabatan Alam Sekitar.Tatabahasa20.09.2018
Penggunaan kata sendi dari,daripada. 1) bangun dari / daripada tidur? Jika dari/ daripada, apakah alasannya. 2) mengambil wang dari / daripada mesin ATM?Bangun daripada tidur dan daripada mesin ATM. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.Tatabahasa30.07.2012
Penggunaan dari/daripada yang betul. Dari/daripada segi dan dari/daripada sudut pandang.Penggunaan yang tepat ialah dari segi dan dari sudut pandangan.Tatabahasa24.01.2019
1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari/daripada kawasan sekolah. 2) Dia turun dari/daripada motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada/kepada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari/daripada pejabat. 5) "Saya dari/daripada sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari/daripada bilik air.

Berikut ialah jawapan bagi soalan saudara:

1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari kawasan sekolah.

2) Dia turun dari motor dan mendapatkan kawannya.

3) "Apa kamu buat pada dia?"

4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari pejabat.

5) "Saya dari sekolah khas."

6) Adrul segera keluar dari bilik air.

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Tatabahasa14.11.2011
Salam sejahtera. Bolehkah tuan memberikan penerangan bagi soalan-soalan yang berikut: a. Asap itu keluar dari /daripada paip ekzos. b. Asap dari /daripada paip ekso itu mencemarkan udara. c. Dia mengambil air dari / daripada sungai. d. Air dari/ daripada sungai itu berkuman. e. Pelajar itu datang dari / daripada Universiti Malaya. Sekian terima kasih.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman cikgu kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 270.

Tatabahasa10.02.2011
Saya ada soalan berkaitan kata sendi dari/daripada yang bertemu dengan kata nama anggota tubuh badan. 1. Kata-kata itu keluar dari/daripada mulutnya. 2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah dari/daripada tubir mataya. 3. Kata-kata itu ikhlas dari/daripada hatinya. Penggunaan anggota tubuh badan tersebut bolehkah merujuk kepada tempat atau asal kejadian sesuatu perkara? Mohon penjelasan pihak DBP.

Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya:

1. Kata-kata itu keluar daripada mulutnya.

2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah daripada tubir matanya.

3. Kata-kata itu ikhlas daripada hatinya.

 

Penggunaan anggota tubuh badan tersebut merujuk pada sumber atau asal kejadian sesuatu benda. (Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269-272)

Tatabahasa25.09.2023
Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan.

Jawapan yang betul ialah:

1) Ali menurunkan almari dari lori.

2) Siti turun dari bas sekolah.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272.

Tatabahasa16.03.2025
1. Adakah: i. "Kucing itu melompat dari / daripada kereta @ tangan @ tingkap"? ii. "Dia keluar dari / daripada kereta", "Roti itu dikeluarkan dari / daripada ketuhar"? - menunjukkan tempat atau arah? (DARI) - menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad? (DARIPADA) Saya nampak beberapa nasihat yang berbeza daripada DBP di ruang Khidmat Nasihat. Soalan ini diuja oleh rakan lain dan dijawab pada 06.07.2022, namun nasihat yang diterima tidak menjawab soalan tersebut. Minta pencerahan pegawai. Minta terus bagi jawapan yang sepatutnya, dan bukan sekadar penjelasan menggunakan definisi kata sendi nama. Didahului dengan terima kasih.Ayat yang betul ialah:

1) Kucing itu melompat daripada kereta.
2) Roti itu dikeluarkan daripada ketuhar.

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad.
Tatabahasa05.07.2024
Salam sejahtera. Tuan apakah jawaban yang tetap untuk ayat yang berikut: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari / daripada kolam. 2. Pengakap mengambil air dari / daripada sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari / daripada lori. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari kolam. 2. Pengakap mengambil air dari sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari lori.Tatabahasa30.05.2011
Perkataan “Tulis Ikhlas Dari / Daripada (Nama organisasi)”? Contohnya: Tulis Ikhlas dari / daripada Pusat Sumber Sekolah?Ayat yang betul ialah "Tulus Ikhlas daripada Pusat Sumber Sekolah"Tatabahasa14.12.2022
12345678910...

Kembali ke atas