| cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Ali kepada Abu. cakap pindahnya bagaimana? | Ali menanyai Abu tarikh kepulangannya dari luar negara. | Tatabahasa | 20.09.2016 |
| Saya keliru tentang penggunaan 'bila'.Adakah ayat ini betul 1.Ibu tidak tahu bila ayah akan pulang dari luar negara | Ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah: 1. Ibu tidak tahu akan tarikh ayah akan pulang dari luar negara. 2. Ibu tidak mengetahui tarikh ayah akan pulang dari luar negara. | Tatabahasa | 20.01.2013 |
| cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Amin kepada Ahmad. cakap pindahnya bagaimana? | Cakap pindah ayat tersebut ialah Amin bertanya kepada Ahmad tarikh Ahmad pulang dari luar negeri. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
| Apakah maksud "pendapatan faktor bersih dari luar negeri" dari segi ekonomi? | Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara pendapatan faktor yang diterima daripada luar negara dengan nilai pembayaran ke luar negara. | Lain-lain | 13.06.2022 |
| Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir??? | Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM. Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk: 1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi, 2) Mengadakan peredaran udara semula jadi, 3) Menebat haba dan bunyi, dan 4) Menghalang angin dan hujan. Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap". Harap dapat membantu. | Lain-lain | 14.10.2022 |
| Mohon pencerahan tentang penggunaan dari dan daripada untuk frasa berikut: dari luar atau daripada luar, daripada pagi sampai malam, daripada mula lagi | Sekiranya merujuk tempat dan masa, frasa yang betul ialah "dari luar negara" dan "dari pagi sampai malam". | Lain-lain | 02.03.2016 |
| 1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan. 3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya. | Tatabahasa | 14.07.2012 |
| Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas? | Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. | Lain-lain | 05.09.2022 |
| File tersebut tak dapat diakses dari luar. Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni tak ada masalah... Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas [SMS] Bahasa Melayu Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Ini screenshotnya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Ini screenshot-nya... | Mungkin masalah itu disebabkan sever tuan atau tuan boleh cuba lagi. | Lain-lain | 06.01.2014 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah "bekerja dari luar" padanan yang tepat bagi terma "remote working"? | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: remote working - kerja jarak jauh Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.04.2022 |