Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darinya

Puisi
 

Apa guna meragi kain,
     Kalaulah tidak ada bunganya;
Apa guna cari yang lain,
     Kalaulah tidak lebih darinya.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh berikan saya antara dialek/ bahasa yang dipinjam meresap masuk menjadi bahasa standard di Malaysia? Adakah bahasa jawa merupakan sebahagian darinya? Saya hanya ketahui bahasa Inggeris dan bahasa Arab merupakan sebahagian darinya. Lain- lain dialek atau bahasa? Terima kasih.Tuan boleh merujuk buku-buku berkaitan dialek ini di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih.Lain-lain07.10.2014
Salam. Penggunaan 'sebahagian daripadanya' dan 'sebahagian darinya'. Contoh terjemahan (BI kepada BM) bagi 'parts thereof'. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "sebahagian daripada...".Tatabahasa27.03.2014
makna meremit dalam bahasa melayuRemit padanan dalam bahasa Melayu ialah mengirimkan, meringankan, dan menangguhkan. Tidak ada kata remit atau terbitan darinya dalam bahasa Melayu. Makna11.12.2008
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010

Kembali ke atas