Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daripada aspek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pelbagai jenis sayur-mayur/pelbagai jenis sayur

Satu daripada aspek makna penggandaan kata nama ialah penanda kepelbagaian jenis. Contohnya: sayur-mayur, kuih-muih, rempah-ratus. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai macam atau jenis. Ayat yang betul ialah: pelbagai jenis sayur.

Tatabahasa25.04.2011
"dari aspek pendidikan" atau "daripada aspek pendidikan"Frasa yang betul ialah dari aspek pendidikan.Sastera06.05.2011
Berpunca dari aspek atau. berpunca daripada aspekPenggunaan yang betul ialah: berpunca dari aspekTatabahasa04.08.2023
Saya nak tahu bahawa bagaimana memahami Bahasa Melayu memainkan peranan penting sekali untuk perpaduan rakyat kalau kita mininjau daripada aspek sepanjang sejarah Malaysia.T erimah kasih!

 

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara Malaysia, bahasa rasmi ialah bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan.  Bahasa Melayu sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Sewajarnya semua rakyat menghormati Perlembagaan negara agar perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dapat dibina. Walau bagaimanpun pertanyaan saudara ini memerlukan satu bentuk perbincangan dan mungkin juga satu tugasan yang perlu disiapkan jadi kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan ini dalam ruang yang terhad ini. Pada pendapat saya, perlu dibuat kajian di perpustakaan kerana soalan ini memerlukan rujukan yang banyak hasil pendapat yang dikemukakan dalam surat khabar, majalah mahupun dalam persidangan.

Lain-lain14.11.2010
...Assalamualaikum.. Mohon pencerahan pihak tuan..apakah penggunaan perkataan yang betul bagi ayat di bawah : **** dari aspek atau daripada aspek**** Contoh ayat: Penilaian pelajar terhadap permainan Bio4 dari aspek matlamat, reka bentuk, operasi permainan dan kegunaan juga turut dijalankan.Ayat yang betul ialah: Penilaian pelajar terhadap permainan Bio4 dari aspek matlamat, reka bentuk, operasi permainan dan kegunaan juga turut dijalankan.Tatabahasa08.06.2021
Persembahan kebudayaan itu dipersembahkan kepada para pelancong yang datang melawat ke Taman Mini Malaysia di Negeri Melaka. Ayat di atas betul atau salah daripada aspek penggunaan imbuhanAyat yang betul ialah "Persembahan kebudayaan itu dipersembahkan kepada para pelancong yang datang melawat ke Taman Mini Malaysia di Negeri Melaka".Tatabahasa27.07.2016
Manakah penggunaan yang betul untuk perkataan berikut : 1. Rekabentuk Sekolah Kebangsaan Daripada Aspek kecekapan Tenaga 2. Rekabentuk Sekolah Kebangsaan Dari Aspek Kecekapan TenagaJawapannya ialah : Reka Bentuk Sekolah Kebangsaan dari Aspek Kecekapan TenagaTatabahasa11.03.2007
Saya mempunyai soalan lain pula. ( Dari / daripada )aspek Dalam situasi ini, pilihan "dari" atau pilihan "daripada" yang lebih sesuai?? Terima kasih..Yang betul ialah dari aspek.Tatabahasa11.07.2009
Salam 1Bahasa, 1. Frasa sendi yang manakah yang tepat: a)'dari segi', b)'daripada segi', c)'dari aspek', atau d)'daripada aspek' 2. Ayat yang manakah yang gramatis: a)"Aspek ketatabahasaan Bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" ATAU b)"Aspek ketatabahasaan dalam bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" 3. Terjemahan slogan 'Stability Above Chaos' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih.1. Frasa sendi yang manakah yang tepat ialah dari segi dan'dari aspek.

2. Ayat yang lebih gramatis ialah  'Aspek ketatabahasaan bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru'. 

3.'Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'Stability Above Chaos'  dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan Kestabilan Mengatasi Kekacauan. Jika tidak bersesuaian, sila nyatakan konsep slogan tersebut.
Tatabahasa17.02.2013
Salam sejahtera, 1. Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut mengenai maksud kata "payung" daripada aspek maksud teras dan maksud pinggiran? 2. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai maksud kata "payung" selain PRPM?Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1637-1638) untuk mengetahui makna "payung" dengan lebih jelas. Makna teras dan makna pinggiran (kiasan) terakam dalam pecahan makna bagi kata ini boleh diperoleh daripada maklumat yang disusun dalam kamus tersebut. Kata "payung" juga mempunyai homonim yang mungkin tidak diketahui ramai orang.

Saudara juga boleh menghubungi Puan Siti Norsuhaila binti Samsudin (03-21479183) di Bahagian Perkamusan, DBP untuk maklumat lanjut.
Makna08.05.2024
12345678910...

Kembali ke atas