Apa maksud Darul Ehsan, Mengapa gunakan perkataan Darul pada negeri-negeri di Malaysia. Sekian terima kasih | dalam bahasa Arab, darul bermaksud rumah. Dalam hal ini, darul telah diperluaskan maknanya menjadi negeri. Oleh itu, darul ehsan bermaksud negeri yang bersifat ehsan manakala darul makmur ialah negeri yang makmur dsb. | Makna | 10.12.2007 |
Ini soalan ulangan: Isunya cara mengira jumlah perkataan. Pemeriksa BM PMR dan SPM mengira nama khas “Selangor Darul Ehsan” satu perkataan. Pada saya, ada tiga perkataan, iaitu “Selangor”, “Darul” dan “Ehsan”. Siapakah yang DBP kata betul: saya atau pemeriksa BM PMR dan SPM? | Untuk makluman kami menilai pertanyaan saudara dari sudut kerja penyuntingan. Selangor Darul Ehsan dikira sebagai tiga perkataan tetapi berdiri sebagai satu entiti. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk pihak yang berkenaan, terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2009 |
Mohon pengesahan mana yang betul. MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KALI KE-19 TAHUN 2010. Soalan: Perlu tak ada kali . | MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KE-19 TAHUN 2010 sudah memadai. | Tatabahasa | 22.04.2010 |
mengapa ejaan Ehsan di dalam Selangor Darul Ehsan dibenarkan? dan bukan dieja sebagai Ihsan? Jika mana-mana syarikat mahu menggunakan nama ihsan tetapi dieja sebagai contohnya : Ehsan Takaful Berhad; adakah ini menjadi kesalahan, ataupun adakah ini dibenarkan kerana ia adalah suatu ejaan unik yang dimahukan oleh sesebuah syarikat. Adakah ejaan ini akan diberi/dianggap sebagai pengecualian seperti di dalam Selangor Darul Ehsan?Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah ihsan. Tidak ada kata ehsan dalam bahasa Melayu kecuali yang telah digazetkan kepada Selangor Darul Ehsan. Oleh itu, penamaan dan ejaan yang betul ialah Takaful Ihsan Berhad. | Lain-lain | 29.10.2010 |
Salam DBP, Adakah perkataan 'terletak' kata kerja dalam ayat berikut: Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan. Apakah pola ayat yang betul? FN+FK atau FN+FS? | Pola ayat Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan ialah FN+FK. | Tatabahasa | 17.09.2014 |
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 7 & 11, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Department of Statistics Malaysia State of Pahang, 7th & 11th Floor, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Daru Makmur. mohon pengesahan, adakah betul terjemahan inggeris. adakah alamat di bahagian inggeris perlu italic juga bagi bahasa melayu seperti Jalan Gambut. alamat ini akan diletakkan ke atas kad nama | Alamat yang dinyatakan adalah betul. Walau bagaimanapun, sila betulkan ejaan Darul. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2020 |
ASSALAMMUALAIKUM, beberapa hari lepas saya mendapat maklumat bahawa kara ganda seperti rama-rama, kedai-kedai atau seumpamanya dikira dua perkataan dalam peperiksaan stpm. begitu juga nama khas seperti Johor darul Takzim dikira 3 perkataan, mohon penjelasan | Untuk makluman tuan, kata ganda dianggap sebagai satu perkataan, manakala kata nama khas yang berdiri sebagai satu entiti seperti Johor Darul Takzim mengikut bilangan kata yang terkandung dalamnya. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, eloklah saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui sekolah saudara. | Tatabahasa | 05.08.2010 |
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTI | Teks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
SALAM SY INGIN BERTANYA BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN ISTILAH, dARUL qURAN AKAN DINAIK TARAF MENJADI KOLEJ UNIVERSITI AL-QURAN MALAYSIA, JADI SINGKATAN UTK KOLEJ INI ADAKAH (KUQM) atau (KUaQM) | Untuk singkatan, biasanya kita mengambil huruf pertama setiap perkataan. Singkatan yang dicadangkan ialah KUAQM atau KUQM. | Ejaan | 29.03.2012 |
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI? | Cadangan: Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman. | Lain-lain | 13.05.2009 |