Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ? | saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan satu persoalan, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata nama? Mengapa? I : Pemulauan II : Pengesyoran III: Pengangkutan IV : Pembungkusan | Jika yang dimaksudkan ialah kata dasar ada dua perkataan iaitu pengangkutan - kata dasarnya angkutan dan pembungkusan - kata dasarnya bungkus. Jika merujuk kata akar hanya satu sahaja iaitu pembungkusan - bungkus. Sila rujuk pihak yang menyediakan/menerbitkan soalan tersebut untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.05.2011 |
Perkataan "memperkukuhkan" adalah salah. Betul atau tidak?. Setahu saya perkataan "memperkukuhkan" adalah salah kerana kata dasarnya ialah "kukuh" yang berada dalam kelompok kata adjektif. Jika kata dasarnya berada dalam kelompok kata adjektif maka kita tidak boleh gunakan imbuhan "memper..kan". Tapi yang musykilnya apabila saya menaip perkataan "memperkukuhkan" di carian makna perkataan di laman Dewan Bahasa da Pustaka (DBP) terdapat perkataan tersebut digunakan. Jika salah sepatutnya tak patut digunakan. | Betul seperti yang dikatakan, kukuh ialah kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. Berdasarkan semakan kami, perkataan pemperkukuhkan digunakan dalam contoh ayat entri perkataan dalam kamus dan daftar istilah. Hal ini berlaku demikian kerana contoh ayat tersebut diambil daripada data korpus tanpa menyaringnya terlebih dahulu. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Inginkan kepastian, 'mengeratkan silaturrahim atau mengiratkan silaturrahim... ' jika mengeratkan saya selalu fikirkan datang daripada kata dasarnya, 'kerat' | Frasa yang betul ialah “mengeratkan silaturrahim”. Kata dasarnya ialah “erat” yang menerima bentuk imbuhan apitan meN-...-kan (meng-...-kan). | Tatabahasa | 02.02.2022 |
Apakah kata dasar pemeluwapan? Meluwap atau luwap? Kenapa kata dasarnya tiada dalam kamus? | Salam sejahtera, Tuan, Pemeluwapan diambil terus daripada padanan bahasa Melayu bagi perkataan condensation yang bermaksud kondensasi atau pemeluwapan. Perkataan pemeluwapan bukan perkataan yang ditambah imbuhan. Jadi, tiada kata dasarnya. Sekian, terima kasih. | Istilah | 21.10.2018 |
abang tidak mahu saya bercerita tentang dasar sejak awal-awal lagi setelah bekerja, dasarnya kita mempunyai tanggungjawab yang besar. (tuan, adakah kedua-dua ayat ini menggunakan perkataan dasar dengan betul, kalau salah, apakah perkataan yang sesuai digantikan? TQ) | Abang tidak mahu saya bercerita tentang dasar sejak awal-awal lagi setelah bekerja, dasarnya kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Penggunaan dasar dalah ayat ini kurang tepat kerana dasar bermaksud polisi yang lazimnya digunakan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk kamus dan gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks ayat dan maksud yang saudara hendak sampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
apa maksud kata dasarnya akurat? | Tiada perkataan akurat dalam pangkalan data kami. Yang ada ialah akarat, iaitu perkataan Arab yang bermaksud tanah yang dimiliki. | Istilah | 23.11.2012 |
Chemigation = pengkimiairan. Adakah kata dasarnya 'kimiair'? | Salam sejahtera, Tuan, Chemigation-pengkimiairan merupakan istilah bagi bidang pertanian. Perkataan ini melalui proses pembentukan istilah. Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekian, terima kasih. | Istilah | 01.07.2019 |
Apakah maksud kepercaman? Apakah kata dasarnya? Ia dipadankan dengan kata 'identity' dalam istilah Malaysia. Apakah konteks menggunakan istilah tersebut? Jika saya gantikan kata 'identiti' dalam ayat berikut dengan 'kepercaman' adakah ia betul? "Bahasa sebuah bangsa ialah (identiti) kebudayaannya. | Kata dasar bagi perkataan kepercaman ialah cam yang menerima apitan peN...an. Istilah tersebut dibuat untuk membezakannya dengan perkataan kecaman. Istilah kepercaman digunakan untuk pelbagai bidang seperti Antropologi, Farmasi, Matematik, Pendidikan, Pentadbiran, Perpustakaan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jika dilihat pada maksud, istilah kepercaman boleh digunakan tetapi dalam konteks ayat tersebut kami di DBP menggunakan perkataan yang lazim digunakan iaitu identiti. | Istilah | 16.12.2018 |
Masalah tulisan buruk | Pada dasarnya, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Sila kemukakan soalan yang mencakup bidang perkhidmatan yang kami sediakan. | Lain-lain | 18.04.2013 |