Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pangkalan data. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata database


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya cuba membuat pencarian kata tetapi mesej berikut terpapar : ERROR [08004] [IBM] SQL30061N The database alias or database name "SPMB " was not found at the remote node. SQLSTATE=08004 Apakah masalah dan cara penyelesaiannya?

Masalah ini adalah masalah  teknikal dan pihak kami akan mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut.

Lain-lain19.06.2009
Saya sedang melaksanakan tugasan projek akhir tahun saya yang memerlukan database Kamus Dewan Bahasa edisi ke 4. Sebahagian dari fungsi projek saya adalah untuk membolehkan pengguna melihat maksud perkataan yang sama dengan maksud di dalam kamus tersebut. Bolehkah saya mendapatkan akses kepada database Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 4. Sekiranya boleh, bagaimana untuk saya mendapatkannya? Terima kasih.

Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan akses bagi pangkalan data (database) Kamus Dewan Edisi k-4 untuk paparan umum. Untuk melihat maksud perkataan, pengguna boleh melayari laman web kami, iaitu https://prpm.dbp.gov.my/ Dalam laman web yang sama juga data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna untuk rujukan.

Lain-lain05.08.2020
Ingin mengetahui cara mendapat database Kamus Dewan Perdana. Ingin mengeluarkan Kamus Electronik dengan mengabungkan Kamus Perdana dengan Kamus Inggeris , Arab, dan Cina

Saudara,

Dewan Bahasa dan Pustaka  menerbitkan Kamus Dewan Edisi Keempat dan bukan Kamus Dewan Perdana.  Kamus yang dimaksudkan mungkin diterbitkan oleh penerbit lain. 

Lain-lain09.09.2009
Assalamualaikum Saya seperti nama dlm database En. ingin memohon artikel atau petikan atau yang seumpama dengannya yang bertajuk seperti di bawah untuk tesis bagi subjek BM yg didaftarkan pada semester ini: "Wajarkah penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah." Personal Information Nama: Mohd Noorazam bin Aziz ID number: 061010387 Course: Pengajian Mikroelektronik Level: Degree Location: Universiti Malaysia Perlis Segala budi bicara baik Tuan amat-amat saya hargai. SekianSdr. Noorazam, Artikel berkaitan penggunaan bahasa telefon bimbit dan SMS pernah tersiar di dalam artikel majalah terbitan DBP. Sdr. boleh membuat rujukan judul melalui menu Katalog dalam Talian di laman web DBP. Dicadangkan sdr. mendaftar sbg ahli Rakan Dewan untuk mendapatkan kemudahan membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu Ibu Pejabat atau PDM Wilayah Utara (Bukit Mertajam) . Sila hubungi Pustakawan kami, di talian 03 2149 1037 atau emel kamariah@dbp.gov.my untuk mendapatkan bantuan penyelidikan bahan. Sekian. Terima Kasih.Lain-lain20.08.2007
Saya ingin bertanya sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai database atau koleksi terjemahan(translated) dokumen seperti artikel,novel,jurnal dan sebagainya didalam bahasa melayu ke bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan oleh professional. Saya memerlukan dokumen-dokumen tersebut bagi projek tahun akhir saya di university untuk digunakan sebagai data yang akan digunakan didalam system yang akan dibina ini meggunakan "Machine Learning" dimana apabila pengguna ingin mencari terjemahan perkataan di dalam dokumen yang dibaca sama ada di dalam bahasa Melayu atau Inggeris, system ini akan memberi maksud perkataan yang di minta. Saya amat memerlukan data-data tersebut bagi menyempurnakan projek ini. Sekiranya data-data ini boleh didapati, saya akan berhubung dengan pihak DBP dengan segera. Saya berharap pihak DBP dapat memberi respon dengan segera. Sekian terima kasih.Kami tidak mempunyai koleksi terjemahan yang khusus seperti yang saudara maksudkan. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS untuk mendapatkan maklumat tersebut.Lain-lain22.12.2009
Kursus tersebut akan diadakan selama lima hari merangkumi tiga modul iaitu Web Master Training, Database Training dan Mapping Training. Minimum peserta yang diperlukan untuk menghadiri kursus tersebut ialah seramai 20 orang atau lebih. Empat hari diperuntukkan bagi kesemua peserta menjalani ketiga-tiga modul latihan dan satu hari untuk uji cuba memuat naik sistem DevInfo ke dalam server. Soalan saya: 1. 20 orang perlu dieja atau memadai menulis angka sahaja? Ada syarat-syarat penggunaan nombor kah? 2. Sesuaikah perkataan uji cuba digunakan dalam ayat tersebut?

Dalam penulisan angka atau nombor, bagi nombor satu hingga sebelas, pada kebiasaannya dieja. Bagi nombor 12 dan seterusnya, bentuk angka digunakan. 

Bagi pertanyaan kedua, perkataan uji cuba boleh digunakan.       

Tatabahasa15.06.2009
Salam DBP, Mana peribahasa yang betul? 'Bagai kucing tidur di bantai' atau 'bagai kucing tidur di bantal'? Di database DBP pakai 'bantai'. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Peribahasa yang betul ialah "Bagai kucing tidur di bantai".  Peribahasa ini membawa maksud hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.

Lain-lain15.07.2019
Apakah terjemahan terbaik untuk walkway canopy atau covered walkway dalam bahasa Melayu? Saya lihat ramai gunakan susur gajah, namun tiada dalam database PRPM. Mohon pencerahan.Untuk makluman, tidak terdapat istilah susur gajah dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untukĀ "walkway canopy" ialah kanopi laluan pejalan kaki. Istilah untuk "covered walkway" pula ialah laluan pejalan kaki berbumbung atau laluan pejalan kaki berkanopi.Istilah13.03.2013
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang ruangan Arkib Soalan di laman DBP http://prpm.dbp.gov.my/ Sekiranya berlaku perubahan/kemas kini pd laman tersebut,bagaimana caranya untuk mengakses semula database soalan2 & jawapan2 (pihak DBP) terhadap sesuatu kata/istilah ? Berapa lama perkhidmatan tersebut akan pulih spt sedia kala ? Terima kasih.Untuk makluman saudara, Arkib KNDBP masih dalam proses penyemakan, namun pengguna sudah boleh melihat paparannya di laman web kami.Lain-lain03.02.2012
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang data psikolinguistik yang dipunyai oleh DBP. Adakah MATA (malay test analysis)termasuk data tersebut? Saya perlu membina senarai perkataan berdasarkan beberapa kriteria seperti yang terdapat dalam MRC Psycholinguistic Database: Machine Usable Dictionary. Adakah DBP mempunyai data yang serupa seperti MRC?. Saya berharap untuk mendapat nasihat tentang hal ini bagi memenuhi keperluan kajian PhD saya di kalangan pelajar Malaysia di UK. terima kasihUntuk mendapatkan maklumat lanjut data yang diperlukan, saudara boleh berhubung terus dengan Puan Norhafizah binti Mohammad Hussein, Pegawai di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hafizah@dbp.gov.my.Penyelidikan09.02.2011
12

Kembali ke atas