Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang.men.da.ta.ngi] | داتڠ-منداتڠي

Definisi : saling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang-mendatangi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Sejahtera Tuan Apakah perbezaan antara memasuki dan memasukkan Terima kasihKedua-dua perkataan “memasuki” dan “memasukkan” merupakan kata terbitan daripada kata dasar “masuk” yang tergolong dalam golongan kata kerja.

Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “memasuki” bermaksud masuk ke dalam (sesuatu); menuju masuk hingga sampai di (sesuatu tempat); pergi ke dalam, datang ke dalam, mendatangi,  menyertai, mengambil bahagian atau mengikuti.

Perkataan “memasukkan” pula bersinonim dengan perbuatan mengisikan, membawa masuk atau memuatkan.

Secara ringkasnya, “memasuki” menunjukkan perbuatan masuk ke dalam (sesuatu). Contohnya, “Abang memasuki bilik darjah pada waktu rehat.”

Perkataan “memasukkan” pula menunjukkan perbuatan mengisikan sesuatu ke dalam sesuatu yang lain. Contohnya, “Abang memasukkan semua buku teks ke dalam beg sekolahnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1422.


Tatabahasa12.05.2024

Kembali ke atas