Yang mana paling tepat?: a) Air liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut b) Air liur basi itu najis kerana datangnya dari perut | Air liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut. | Tatabahasa | 01.07.2012 |
Salam. Dari mana datangnya nama 'siput babi'? Kenapa ia diberi nama itu? | Kami tidak menjawab persoalan seperti ini. Tuan boleh merujuk www.google.com untuk maklumat lebih lanjut tentang soalan ini. Untuk sebarang persoalan seperti makna kata dan huraian dalam bahasa Melayu, tuan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my | Lain-lain | 04.12.2015 |
Perkataan "penyumbaleweng" banyak diperbincangkan dalam Internet. Dari mana datangnya kata tersebut dan bolehkah saya gunakan sebagai padanan untuk pervert dalam bahasa Melayu? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud pervert ialah penyumbaleweng. | Makna | 29.04.2017 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut: "Dari/daripada mana datangnya tenaga pada masa hadapan?" Ayat ini ingin menyatakan sumber tenaga tersebut. Jadi, adakah 'daripada' digunakan, atau 'dari' digunakan kerana terdapatnya perkataan 'mana' di situ? Sekian, terima kasih. | Ayat yang diberikan jelas menunjukkan sumber. Maka kata sendi "daripada" lebih tepat. | Tatabahasa | 29.10.2015 |
jika di dalam penulisan ilimiah, bagaimanakah penulisan huruf 'A' dalam Al Qur'an, atau kitab Al-Ma'thur. misal kata begini. "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa' (Al-Baqarah 2:2) al baqarah ditulis sebagai al-Baqarah atau Al-Baqarah? | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari dan al-Baqarah. | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Bagi kata sukuan, kalau makan tengah hari ialah 'merarau,' kalau minum pagi ialah 'kudapan'. Saya ingin tahu, apa pula dipanggil kalau minum petang dan makan malam ? Perkataan merarau dan kudapan ini datangnya daripada bahasa sukuan apa? Terima kasih. Musa Rashim | Perkataan merarau ialah kata daripada bahasa sukuan di Sarawak. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kudapan digunakan untuk minum pagi, minum petang dan selepas makan malam dan merupakan kata dalam bahasa Melayu. | Istilah | 09.05.2008 |
bagaimanakah penggunaan kata pembenda? | Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya, datangnya. Contoh ayat: Datangnya secara mendadak. | Makna | 25.08.2015 |
Assalamualaikum, Singas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ditakrifkan sebagai gas tiruan yg mengandungi karbon monoksida dan hidrogen, digunakan sbg bahan mentah asas utk pemprosesan bahan kimia. Sebagai pihak yang menyusun kamus tersebut, dari manakah datangnya istilah singas dan apakah padanannya dalam bahasa Inggeris? | Salam sejahtera, Tuan, Singas berasal daripada perkataan syngas. Syngas merupakan kependekan bagi perkataan synthesis gas. Sekian, terima kasih. | Istilah | 18.12.2017 |
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini. | Encik Kamal, Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. | Kamus Dewan Edisi Empat | | |
| Makna | 13.06.2010 |
CONTOH NILAI MURNI DALAM PANTUN MELAYU. HURAIKAN TENTANG GAYA BAHASA DALAM CERPEN? | Nilai-nilai murni dalam pantun secara umumnya ialah nilai-nilai baik yang boleh dijadi panduan. Contoh nilai murni dalam pantun di bawah: Baju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia.
Dalam pantun di atas, nilai murni dapat dilihat dalam bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat yang mengingkat kita tentang perbuatan menghina sesama sendiri yang tidak membawa manfaat dengan ingat kita hanya manusia biasa yang tertu sahaja ada melakukan kesalahan. Gaya atau gaya bahasa dikenal dalam ilmu retori dengan istilah style. kata style adalah kata yang diambil dari kata Latin, iaitu stilus. Secara umum untuk meneliti gaya bahasa dalam sesebuah cerpen dalam dilihat daripada pemilihan diksi atau pemilihan kata yang boleh pula dibahagian kepada beberapa ciri seperti klimaks, antiklimaks, paralisme, antitesis repetisi dan sebagai. Cadangan sila rujuk buku gaya bahasa. sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 08.01.2009 |