Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata date


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara untuk istilah bahasa Inggeris ini: "Accessed Date" / "Retrieved Date" / "Cited Date"? Terima kasih. Sumber: https://beryliveylibrary.wordpress.com/2010/11/04/citing-a-website/Cadangan kami, Accessed Date diterjemahkan kepada Tarikh Capaian, Retrieved Date kepada Tarikh Dapat Semula dan Cited Date kepada Tarikh Sebutan, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan22.03.2015
Saya dari industri pengangkutan (transportation) ingin dapatkan terjemahan dalam bahasa melayu bagi perkataan berikut untuk dimuatkan dalam "Consignment Note" kami. Harap dapat terjemahan yang bersesuaian dengan terma logistik 1) Delivery Date 2) Planned Delivery Date 3) Pick-up 4) Walk-in 5) Cash on delivery 6) Cash on collection 7) Consignment number 8) Fixed delivery time1) Delivery Date = Tarikh Penyerahan
2) Planned Delivery Date = Tarikh Penyerahan Dirancang 
3) Pick-up = Kutipan
4) Walk-in =  Kutipan Sendiri
5) Cash on delivery = Tunai Semasa Penyerahan  
6) Cash on collection = Tunai Semasa Kutipan
 7) Consignment number = Nombor Konsainan  
8) Fixed delivery time = Masa Penyerahan yang Ditetapkan
Penyemakan dan penterjemahan08.10.2014
NTV7. Date 8 March 2007. News at 6pm. Mereka menggunakan "beliau" until seorang perogol yang dihukum 18 tahun. Sila semak. Thanks.Beliau merupakan kata ganti diri ketiga (utk orang tua atau orang yg dihormati). Jelaslah, penggunaan beliau untuk mewakili seorang perogol kurang sesuai.Lain-lain08.03.2007
Apakah perkataan bm untuk back date / back dated?Back date/back dated diterjemahkan kepada undur tarikh. Klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=back+dated untuk maklumat lanjut.Penyemakan dan penterjemahan09.07.2015
Apa terjemahan istilah 'blind date'? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'blind date' ialah janji temu buta.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.08.2022
Tuan, Saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk "forward asset purchase". Forward asset purchase: A financial term. It refers to purchase of assets (e.g. bonds) of which the settlement date is a future date. Sekian. Terima kasih.Terjemahan forward asset purchase belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan belian aset ke hadapan sebagai padanan terjemahan frasa tersebut. Penyemakan dan penterjemahan19.09.2010
Apakah terjemahan BM yang sesuai untuk frasa ‘Save the Date’ ? (digunakan untuk undangan majlis/ RSVP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "save the date" ialah tempah tarikh ini.Makna06.09.2021
Tuan/Puan, Apa padanan "governing body" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah dalam Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173]: "Dissolution of governing body 46. Any governing body of ITM in existence immediately before the appointed date shall, on that date, stand dissolved.". Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "governing body" diterjemahkan sebagai "badan pentadbiran" atau "pihak pengurusan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah07.10.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah terjemahan bahasa Melayu yang betul untuk "profit crediting date" ialah "tarikh pengkreditan keuntungan"? Saya telah membuat carian di laman sesawang PRPM tetapi tidak menjumpai akan perkataan "pengkreditan". Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu yang betul bagi perkataan profit crediting date ialah tarikh perkreditan keuntungan.Istilah13.11.2019
Hi Admin DBP , saya perlu menukarkan ayat kepada bahasa melayu tetapi tidak pasti sama ada ia benar atau sesuai digunakan , terutama pada bahagian rollover . Ayatnya seperti ini 'Business date has been rollovered. In order to proceed, service must be restarted.' dan saya menterjemahkan kepada Tarikh perniagaan telah digulingkan. Untuk meneruskan, perkhidmatan mesti dimulakan semula.Cadangan terjemahan bagi ayat Business date has been rollovered. In order to proceed, service must be restarted ialah "Tarikh urus niaga telah ditamatkan. Jika ingin meneruskan, perkhidmatan perlu dimulakan semula." Makna19.01.2022
123

Kembali ke atas