Salam, Perkataan 'datin' ialah kata nama khas. Bagaimana ia ditulis jika merujuk kepada seseorang. Contohnya, Saya menerima tawaran datin tersebut kerana... Datin dalam konteks ini perlu ditulis 'Datin' atau 'datin'? | Perkataan datin ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika ditulis penuh namanya barulah menjadi kata nama khas seperti YBhg. Datin Aminah binti Ahmad. | Ejaan | 11.05.2015 |
Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin . | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Salam sejahtera. Gelaran 'datin' yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai 'datin' atau 'Datin'? Saya keliru kerana data PRPM menggunakan kedua-duanya. Yang mana yang tepat, ya? Terima kasih. | Perkataan datin ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika ditulis penuh namanya barulah menjadi kata nama khas seperti YBhg. Datin Aminah binti Ahmad. | Tatabahasa | 20.12.2019 |
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul? | 1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan. 2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
1.Penggunaan istilah yang tepat untuk "Yang berusaha"dengan "Yang Berbahagia: dalam salutasi semasa ucapan. | Yang Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
| Lain-lain | 07.10.2016 |
Apakah kata panggilan untuk Tuan Pengetua?Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang berusaha".Tolong jelaskan | Gelaran 'Yang Berusaha' lebih tepat kerana 'Yang Berbahagia' lazimnya digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). | Lain-lain | 16.03.2012 |
Prof Madya Datin Dr.(sapaan) | YBhg. Datin | Istilah | 23.06.2011 |
Maaf,maksud saya kata panggilan untuk jawatan Pengetua Cemerlang.Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang Berusaha" | Gelaran yang tepat ialah 'Yang Berusaha' kerana 'Yang Berbahagia' digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). | Lain-lain | 16.03.2012 |
yang mana lebih tepat, Datin Seri Rosmah Isteri Perdana Menteri atau Datin Seri Rosmah Isteri Kepada perdana menteri? | Encik Roslan, Kedua-dua bentuk penggunaan diterima. | Lain-lain | 05.02.2010 |
Sebagaimana yang diketahui, perkataan tuan atau puan sekiranya tidak merujuk kata nama khas kepada seseorang adalah ditulis dengan huruf kecil. Sekiranya perkataan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berada ditengah-tengah ayat, adakah T dan P juga hendaklah huruf kecil iaitu YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan. Contoh ayat: "Kami berharap dengan sumbangan daripada YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan akan memudahkan urusan pengendalian program ini" atau T dan P hendaklah ditulis huruf besar juga. Sekian, terima kasih atas penjelasan tuan. | Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil. | Ejaan | 05.05.2020 |