Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ting] | داتيڠ

Definisi : bp janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, me­nonton wayang gambar dsb): selepas hanya dua kali ~, dia muncul di depan pintu rumah, tanpa diundang; berdating bertemu atau keluar dgn seseorang yg berlainan jantina (mis teman lelaki atau wanita) utk keluar makan, menonton wayang gambar dsb: mereka terus bernikah tanpa perlu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dating


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba.

1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah.

2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang.

3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan.

4.a. Ayat tidak lengkap

b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul

d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan.

e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera.

f. Ayat ini betul.

g. Ayat ini salah dan mengelirukan.

Tatabahasa13.07.2010

Kembali ke atas