Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Dewan Bahasa dan Pustaka (badan berkanun yg mempunyai tugas dan tang­gungjawab membina, memajukan dan mem­perkembang bahasa Kebangsaan dan sastera serta melaksanakan tugas-tugas lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dbp


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkenaan Permohonan Latihan Industri di Pejabat DBP Wilayah Timur. Adakah saya perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my?
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan soalan yang diajukan, sila hubungi Akademi DBP melalui talian 03-2147 0201 atau e-mel dbp.gov.my">akademi@dbp.gov.my.
Lain-lain27.11.2024
Saya berminat menerbitkan buku dengan DBP. Saya memerlukan bimbingan DBPKami mencadangkan pihak tuan/puan unruk menghubung Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-2147 9534.Lain-lain09.04.2025
Assalamualaikum tuan Adakah DBP menerbitkan buku audio?Untuk makluman tuan, DBP ada menerbitkan buku audio. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Jabatan Penerbitan DBP melalui maklumat yang berikut:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Jabatan Penerbitan, Aras 22,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

dbp.gov.my">azahari@dbp.gov.my

 

dan salinan kepada (cc)

 

Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan

E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my
Karya27.10.2024
salam...saya ada menghantar surat ke DPB bagi tujuan mengadakan jalinan antara sekolah dan pihak DBP. boleh ke saya dapatkan surat jawapan dari DBP sebagai bukti pihak DBP tiada halangan untuk hadir dan bekerjasama dengan pihak sekolah? terima kasih.
Salam puan yang budiman,

Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran telah menerima e-mel permohonan kerjasama daripada SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan pada 15 Ogos 2025. E-mel maklum balas berkaitan dengan permohonan tersebut telah dihantar kepada pihak berkenaan pada 22 Ogos 2025.

Sekian, terima kasih.
Pembinaan Bakat20.08.2025
Saya merujuk laman dbp ( http://rujukan.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111) yang menyatakan cerpen merupakan cerita fakta yang dicampur imaginasi. dan antara cirinya panjang cerpen 5000 hingga 20000 patah perkataan. Jika cerita kurang dari 5000 patah perkataan boleh dikategorikan sebagai apa? Contoh buku cerita kanak-kanak yang hanya beberapa patah perkataan (tidak sampai 5000 patah perkataan)Cerita kanak-kanak dan cerpen merupakan antara kategori penulisan di bawah 5000 patah perkataan.Lain-lain03.09.2024
Adakah DBP terlibat sebagai penyemak ayat-ayat peraturan Kerajaan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia? Mohon DBP menyemak pekeliling Kerajaan kerana ayat dalam pekeliling mengelirukan dan tidak sampai maksud.... Mohon bantuan DBP berhubung isu ini.Untuk makluman puan, setiap pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan telah melalui proses penyediaan yg ditetapkan dan disemak oleh pihak-pihak yg berkepentingan. Setakat ini, tidak diwajibkan pekeliling disemak dan disahkan penggunaan bahasanya oleh DBP. Walau bagaimanapun, pihak JPA telah melantik perujuk bahasa atau pegawai bahasa di setiap kementerian dan DBP bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan nasihat berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Lain-lain24.10.2023
Assalamualaikum. Cara menerbitkan buku biografi di DBP dan formatnya? Terima kasih.UNtuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Jabatan Penerbitan DBP seperti maklumat yang berikut:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Jabatan Penerbitan, Aras 22,

Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

dbp.gov.my">azahari@dbp.gov.my

 

dan salinan kepada (cc)

 

Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan

E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my

Lain-lain12.10.2024
Salam. Saya ingin bertanya DBP ada memberi perkhidmatan berbayar untuk menterjemah ke bahasa Mandarin? Kawan saya sedang mencari penterjemahan DBP untuk menyemak dan menterjemahan statement yang mengenai islam. Mereka takut menterjemah silap. Jika DBP ada memberi perkhidmatan berbayar berkenaan boleh beri saya telefon number atau email? Sekian Terima Kasih.Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Mandarin atau sebaliknya. Sekiranya tuan memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi:

i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com, atau
ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my
Penyemakan dan penterjemahan11.10.2023
Salam sejahtera, bagaimanakah cara untuk mengakses korpus DBP untuk mencari bahan berkaitan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?Untuk makluman puan, puan boleh mengakses data korpus DBP melalui laman web PRPM dan klik pada ikon Korpus DBP atau klik pada pautan http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx. Bagi pilihan "Penyelidik", puan perlu mendaftar terlebih dahulu, manakala bagi pilihan "Pengguna Awam", puan boleh terus menggunakan korpus DBP selepas bersetuju dengan "Lesen Pengguna Korpus".

Selain itu, puan juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 88 yang berkaitan dengan Kata Kerja Tak Transitif.
Lain-lain14.12.2023
Dewan Pelajar Januari 1985 - Disember 1985 Saya berhasrat untuk membeli majalah tersebut. Bagaimanakan caranya? Terima kasih.

Salam tuan budiman,

Untuk makluman, majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, Ujana DBP dan melalui portal DBP.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//

Sekian, terima kasih.

Lain-lain09.06.2025
12345678910...

Kembali ke atas