| Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasih | Cadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti." | Makna | 21.09.2022 |