Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.bu.nga] | دبوڠا

Definisi : (Bio) benih bunga jantan yg akan ber­­s­enyawa dgn benih bunga betina, serbuk halus yg terdapat pd bunga; mendebungakan memindahkan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma): peladang-peladang Jepun tidak menanti kumbang utk ~ pokok pic tetapi menggunakan serbuk yg khas utk tujuan ini; terdebunga (telah) didebungakan (oleh): bunga-bunga yg ~ oleh serangga mem­pu­ny­ai ranggi yg berwarna-warni; pendebungaan (Bio) pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.bu.nga] | دبوڠا

Definisi : serbuk halus yg dikeluarkan oleh anter (cepu debunga) dan berfungsi sbg bahagian jantan dlm persenyawaan. mendebungakan memindahkan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma) dlm proses persenyawaan: Kumbang selalu ~ bunga-bunga yg dihinggapinya. terdebunga didebungakan (oleh): Bunga-bunga yg ~ oleh serangga mempunyai ranggi yg berwarna-warni. pendebungaan pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma) dlm proses persenyawaan; proses (perbuatan) mendebungakan. ~ angin pendebungaan yg dilakukan oleh angin. ~ biasa (semula jadi) pendebungaan yg dilakukan oleh alam (angin, air, serangga dll). ~ kacuk pendebungaan antara dua bunga yg sama jenis tetapi dr pokok yg berlainan. ~ sendiri pendebungaan yg berlaku dlm bunga yg sama, iaitu debunga dr cepu debunga itu sendiri atau antara bunga dr satu pokok yg sama. ~ serangga pendebungaan yg dilakukan oleh serangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debunga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbukBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah  debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah  benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;.Istilah09.06.2009

Kembali ke atas