Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of deciding, membuat keputusan; /come to, reach/ a ~, /membuat, mencapai/ keputusan; 2. judgement, keputusan: a High Court ~, keputusan Mahkamah Tinggi; 3. resoluteness, berani membuat keputusan: a man of ~, orang yg berani membuat keputusan; he lacks ~, dia tdk berani membuat keputusan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata decision

Peribahasa

623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sesuai istilah "Keputusan Partisipatif" digunakan untuk merujuk kepada penyertaan dalam membuat keputusan dalam sesebuah organisasi. Dalam bahasa Inggeris istilah ini merujuk kepada "participative decision making" "Decisional participation" dan "participation in decision making"Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "partisipatif" dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "participative" ialah serta sama. Istilah bahasa Melayu untuk "participation" pula ialah penyertaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. participative decision making - pembuatan keputusan serta sama
2. participation in decision making - penyertaan dalam pembuatan keputusan
Istilah yang dicadangkan untuk "keputusan partisipatif" ialah keputusan serta sama.
Istilah07.03.2013
APA TERJEMAH DALAM BAHASA MELAYU PERKATAAN "DATA-DRIVEN DECISION-MAKING"Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi data-driven decision-making ialah pembuatan keputusan berpacukan data.Istilah09.05.2024
Tuan / Puan yang dihormati, Mohon pengesahan terjemahan berikut: 'Statistics for better decision making – statistics for better development life' kepada Statistik untuk pembuatan keputusan yang lebih baik, Statistik untuk kehidupan yang lebih bermakna. Untuk makluman, ia merupakan tema bagi Sambutan Hari Statistik Sedunia 2015. Terima kasih untuk bantuan yang diberikan.

Cadangan kami,

1. "Statistik untuk menentukan keputusan yang terbaik - statistik untuk menjamin kehidupan yang bermakna".

2. Statistik menentukan keputusan terbaik - statistik menjamin kehidupan bermakna".

Penyemakan dan penterjemahan07.04.2015
Apakah terjemahan bagi "curatorial"? Contoh ayat: Please ensure that you complete ALL the information as this will determine the final curatorial decision of acceptance. Terima kasih.Untuk makluman istilah "curatorial" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah "curator" dan padanan bahasa Melayunya ialah kurator. Berdasarkan rujukan kami dalam Internet, "curatorial" bermaksud berkenaan atau berkaitan dengan kurator atau tugas kurator.Istilah17.04.2013
Kesesuaian terjemahan (mohon rujuk lampiran)

Cadangan terjemahan bagi “Ethics in Management: Ethical Dilemma and Decision Making” ialah “Pengurusan Etika: Dilema Etika dalam Membuat Keputusan atau Pengurusan Etika: Dilema dan Pembuat Keputusan”. Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 


Penyemakan dan penterjemahan09.10.2024
Assalamualaikum. Saya ada dua soalan berkaitan terjemahan dalam Bahasa Melayu mengenai nama program dan kursus baharu yang bakal kami tawarkan. a) 'Science communication and Public Engagement': Apakah terjemahan yang tepat untuk nama program ini? Betulkah jika kami terjemahkan kepada 'Komunikasi sains dan keterlibatan awam'? b) 'Systems Thinking for Decision Making': Apakah terjemahan yang sesuai bagi nama kursus ini? Adakah boleh kami terjemahkan kepada 'Pemikiran Sistem untuk Pembuatan Keputusan' ? Terima kasih atas khidmat tuan/puan. Kami sangat menghargainya.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan sesuai. Walau bagaimanapun, penggunaan padanan bergantung pada konteks penggunaan ayat.  

Makna08.02.2021
Salam, tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi informed decisions'? Contoh ayat, One of the primary objectives of the Malaysia Agriculture Census 2024 is to gather data that will enable policymakers to make informed decisions that will benefit the agriculture industry. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah informed decision ialah keputusan termaklum. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.06.2023
Hello I am a qualified English teacher from the UK and my application to use the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' for my restaurant business was rejected on the grounds that the phrase does not make grammatical sense in Malay. However there are numerous restaurants which bear similar names in the UK and elsewhere, examples being: TASTE OF PAKISTAN TASTE OF INDIA TASTE OF CHINA etc Please kindly reconsider your decision on the basis that in the English language these phrases are similar in structure to many other widely accepted phrases. Also please note that the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' acts as a description for the cuisine on offer. If however you are still in objection to the use of this phrase, then i have submitted a revised version 'THE TASTE OF PAKISTAN' for your approval. Many thanksUntuk makluman tuan, jika tuan ingin mengekalkan teks dalam bahasa Inggeris, maka iklan perlu dibuat dalam dwibahasa, iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih.Lain-lain25.02.2017

Kembali ke atas