Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.dai] | دداي

Definisi : ; berdedai-dedai berjalan berduyun-duyun (berturut-turut, berbuntut-buntut, dll) dgn tidak beraturan: pasukan keselamatan telah menyerang hendap pengganas ko­mu­nis yg ~ di kaki bukit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.dai] | دداي

Definisi : ;berdedai-dedai berjalan berduyun-duyun (berturut-turut) dgn tidak berperaturan: Orang ramai ~ ke sana utk menyaksikan pertunjukan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pusat beli-belah atau pusat membeli-belah bengkel baiki kereta atau bengkal membaiki kereta menemui barang kemas atau menemukan barang kemas apa maksud 'berjujup-jujup' dan 'berdedai-dedai'

Frasa yang betul ialah 'pusat beli-belah'; Bengkel baiki kereta; menemukan barang kemas; berdedai-dedai ialah berjalan berduyun-duyun (berturur-turut) dengan tidak beraturan; sila pastikan ejaan 'berjujup-jujup' kerana dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara ditemukan kata 'berjujuk-jujuk' yang bermakna beratur, berbanjar, berduyun-duyun.

Tatabahasa14.03.2008
1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda.

1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu.

2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut.

3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B.

Tatabahasa10.07.2009

Kembali ke atas