Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.dap] | ددڤ

Definisi : = ~ batik sj tumbuhan (pokok), Ery­th­rina subumbrans; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II.~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.dap] | ددڤ

Definisi : nama sj pokok, Erythrina spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedap

Puisi
 

Pucuk dedap belimbing besi,
     Pohon pauh di tepi kolam;
Duduk dekat rasanya benci,
     Duduk jauh rasalah sayang.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Laksana bunga dedap,
     sungguh merah berbau tidak.

Bermaksud :

Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih.Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan  jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas).Makna17.03.2008

Kembali ke atas