Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. consecrate, a. (building, cemetery) mentahbiskan: the new church will be ~d next Sunday, gereja baru itu akan ditahbiskan pd hari Ahad depan; b. (day) menjadikan hari utk /memperingati, mengenang/: 17th of March has been ~d to St. Patrick, 17hb Mac telah dijadikan hari utk memperingati St. Patrick; 2. devote, membaktikan: to ~ o’s life to helping the poor, membaktikan seluruh hidup sso membantu orang-orang miskin; he ~d his life to making his mother happy, dia membaktikan hidupnya utk menggembirakan ibunya; 3. (book, piece of music, etc) mendedikasikan, menujukan khas: the book was ~d to his wife, buku itu didedikasikan kpd isterinya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedicate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum.

Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata  dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat.     

Istilah30.04.2010

Kembali ke atas