Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (fml ) act, perbuatan: an evil ~, perbuatan jahat; 2. action, performance, tindakan: to be brave in word and ~, berani dlm percakapan dan tindakan; 3. (leg.) surat ikatan: ~ of assignment, surat ikatan penyerahhakan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deed

Peribahasa

153

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Deed of Assignment? Adakah 1. surat ikatan penyerahhakan atau 2. surat ikatan penyerahan hak?

Sdr., istilah yang sesuai untuk Deed of Assignment ialah Surat Ikatan Penyerahhakan. Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain04.11.2010
Apakah padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "thereby reserved" bagi konteks ayat seperti berikut: AND WHEREAS by a Deed Poll dated 21 November 1930, under the hand and seal of Edward John Higgins and afterwards enrolled in the Central Office of the Supreme Court of Judicature in England the provisions of the Supplemental Deed of Constitution were (pursuant to a power in that behalf thereby reserved) added to and varied:Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan19.10.2023
Apakah maksud perkataan SERAHAK? Contoh ayat yang digunakan, 1. Urusan Menandatangani Surat Persetujuan Kerajaan Kepada Surat Ikatan Serahak dengan Pihak NGO. 2. Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan SerahakPerkataan serahak masih belum wujud dalam data kami, hasil carian kami, perkataan yang yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris ialah "Deed of Assignment (DOA)" iaitu bermaksud surat ikatan penyerahhakan daripada bidang undang-undang.

Istilah14.10.2020

Kembali ke atas