| Salam sejahtera, Terjemahan bagi "deep-fry"(goreng celur) dan "deep-frying"(goreng jeluk) adalah berbeza dalam pangkalan DBP. Adakah terdapat perbezaan antara kedua-duanya? Bolehkah saya menggunakan salah satu terjemahan("goreng celur" atau "goreng jeluk") bagi kedua-dua frasa? Terima kasih. | Waalaikumussalam... Menurut Kamus Bahasa Inggeris daripada bidang pentadbiran Perniagaan, maksud deep fry ialah goreng celur manakala deep frying ialah goreng jeluk. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Makna | 25.02.2019 |
| Salam sejahtera, Dalam pangkalan DBP, terjemahan "deep-fry"(goreng celur) dan "deep-frying"(goreng jeluk) adalah berbeza. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Bolehkah saya menggunakan salah satu terjemahan("goreng celur" atau "goreng jeluk") untuk kedua-dua frasa supaya tidak mengelirukan pembaca? Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud deep-fry ialah celur, manakala deep frying ialah goreng jeluk. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan mengikut terjemahan yang diberikan. | Makna | 25.02.2019 |
| Apakah padanan sesuai untuk istilah 'deep tissue massage'? Terima kasih. | Untuk makluman puan, tiada terjemahan khusus bagi perkataan deep tissue massage dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, cadangan kami bagi perkataan tersebut ialah urutan tisu dalam jika bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.03.2018 |
| Deep freezer - Penyejuk beku CFC free - bebas CFC With key lock and piping - Dengan kunci dan lubang saliran Adjustable thermostat - ? Easy to clean - ? | Deep freezer - Penyejuk beku CFC free - bebas CFC With key lock and piping - Dengan kunci dan lubang saliran Adjustable thermostat - Termostat boleh laras Easy to clean - Mudah dicuci | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2014 |
| Pada 2 tahun lepas, pihak DBP telah memperkenalkan perkataan baru iaitu selam rinci yang asalnya daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu deep dive. Boleh tunjuk contoh penggunaan selam rinci dalam ayat? Kalau dalam English, "My manager wants me to a deep dive on our main competitor." | Selam rinci ialah istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. Contoh penggunaannya Tujuan selam rinci adalah untuk menyoal siasat dan mewujudkan asas bukti yang koheren mengenai kualiti sistem pendidikan. | Tatabahasa | 03.07.2024 |
| Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasih | Tiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut, | Istilah | 17.09.2017 |
| Saya ingin mengetahui istilah "Autoregressive Integrated Moving Average", "Generalized Autoregressive Conditional Heteroskedasticity" , "Artificial Neural Network", "Long Short Term Memory Model" dan "Deep Learning" di dalam Bahasa Melayu. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah autoregressive integrated moving average ialah purata bergerak bersepadu autoregresif, istilah generalized autoregressive conditional heteroskedasticity ialah heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am, istilah artificial neural network ialah rangkaian neural buatan, istilah long short term memory model ialah model memori jangka panjang pendek dan istilah deep learning ialah pembelajaran mendalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 25.06.2025 |
| "Black Knight" adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Deep Purple yang saya minati dari zaman remaja dan menjadi inspirasi dalam perniagaan saya. | Kami tidak mengesahkan nama syarikat atau logo. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "STUDIO RAKAMAN" di bahagian paling atas. Kemukakan permohonan tuan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 17.06.2015 |
| 1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use. Please help to check the translation in BM as below:- 1. Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Perisai keselamatan mengelakkan berus daripada memasuki terlalu dalam mulut bayi semasa penggunaan. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang betul bagi: 1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums - Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use - Pelindung keselamatan digunakan untuk melindungi berus daripada memasuki terlalu dalam di mulut bayi semasa digunakan. | Makna | 30.05.2018 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Paraplough Plough 2. Single Furrow Ploughs 3. Sulky Ploughs 4. Turnwrest Ploughs 5. Deep Tillage Subsoiler 6. Shank Subsoiler 7. Terra Weeder. Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Paraplough Plough - Bajak Berbilang Bilah 2. Single Furrow Ploughs - Bajak Alur Tunggal 3. Sulky Ploughs - Bajak Berpenarik Haiwan 4. Turnwrest Ploughs - Bajak Bilah Berbalik 5. Deep Tillage Subsoiler - Bajak Subtanah Pemugaran Dalam 6. Shank Subsoiler - Bajak Subtanah Berbatang 7. Terra Weeder - Pencabut Rumpai | Istilah | 01.03.2016 |