hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ. | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru. | Ejaan | 04.09.2012 |
hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar? | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru. | Ejaan | 05.10.2012 |
1. Orang India menyambut hari Deepavali. 2. Orang India menyambut Hari Deepavali. Saya ingin tahu ayat 1 atau ayat 2 yang betul? hari Deepavali atau Hari Deepavali dalam ayat tersebut mana yang betul? Sekian, terima kasih. Foo Sian | Ejaan yang betul ialah Orang India menyambut Hari Deepavali. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Salam sejahtera. Perkataan hari perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? ( 1) Hari Deepavali (2) hari Deepavali | Hari Deepavali. | Ejaan | 16.10.2014 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang a) tarian Singa / Tarian Singa b) hari Deepavali / Hari Deepavali c) tarian Ngajat / Tarian Ngajat yang mana cara tulisnya betul ? Dalam buku teks KSSR tahun 1 yang ditulis ialah tarian Singa , hari Deepavali dsbnya manakala dalam buku teks KSSR tahun 2 pula bukan seperti itu pula? Apakah cara yang lebih tepat boleh saya terangkan kepada anak murid saya untuk menguasai kemahiran tanda baca -- huruf besar . | Merujuk pangkalan data kami ejaan yang betul ialah tarian singa, tariang ngajat dan Hari Deepavali. Walau bagaimanapun maklumat yang tuan berikan akan kami sampaikan kepada Bahagian Buku Teks untuk kami buat semakan. | Ejaan | 18.07.2012 |
Hari Deepavali (soalan: 'hari' perlu huruf besar?Dalam buku teks Bahasa Malaysia SJK (c) 'hari' dalam huruf kecil, mana satu yang betul? Hari Deepavali atau hari Deepavali? | Ejaan yang betul ialah Hari Deepavali sama seperti Hari Krismas dan Hari Raya Haji. | Ejaan | 23.05.2012 |
Salam sejahtera, Yang manakah betul? "hari Deepavali" atau "Hari Deepavali" "dalam majlis" atau "pada majlis" Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "Hari Deepavali". Frasa "dalam majlis" dan "pada majlis", kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ejaan bagi 1. hari Deepavali 2. Hari Deepavali Yang mana satu betul? Selain itu, perlukah kita menggunakan huruf besar bagi nama tarian seperti tarian ngajat dan tarian singa? Terima kasih. Drp: Wu | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu. Dalam ayat, tarian ngajat, tarian singa dieja dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.08.2014 |
Perkataan atau ayat yang lebih sesuai bagi tempahan poster/gegantung contoh: SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2017 ATAU SELAMAT HARI DEEPAVALI 2017. Mana satu yang betul atau sesuai? sekian terima kasih | SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2017 dan SELAMAT HARI DEEPAVALI 2017, kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.09.2017 |
soalan tentang Hari Deepavali saya adalah pada 22 Jun 2012...sila lihat rekod pertanyaan saya ...maka hari Deepavali adalah betul? | salam sejahtera. Ejaan hari Deepavali betul ejaannya. terima kasih. | Lain-lain | 03.07.2012 |