Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. explain meaning of, mendefinisikan, mentakrifkan: to ~ the meaning of a word, mendefinisikan makna perkataan; 2. state, show clearly, menjelaskan: he ~d his position in his speech, dia menjelaskan kedudukannya dlm ucapannya; 3. state limits of, menentukan, menetapkan: the paper ~s the power of the board, kertas itu menentukan kuasa lembaga; the boundary between the two countries has been ~d clearly, sempadan di antara kedua-dua negara itu telah ditentukan dgn jelas; 4. (often pass.) make distinct in outline, (jelas) kelihatan: the building was clearly ~d against the sky, bangunan itu jelas kelihatan berlatarkan langit. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata define


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi would request your team to define the proper meaning tambi, with this ‘Dewan bahasa dan pustaka’ has brought such a disgrace to the malaysian community. Such an embarrassment to your team.I as a malaysian would require an official apology on this matter from the specific person who is responsible for this nuisance.Kami ambil maklum saranan tuan. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini:  

https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n
Istilah22.03.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "defined loss" yang digunakan oleh syarikat takaful? Contoh penggunaan istilah, "... agreeing to mutually help each other, should any of the participants suffer a defined loss." Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "loss" bermaksud kerugian manakala "define" pula ialah mendefinisikan atau mentakrifkan.

Oleh itu, defined loss" diterjemahkan kepada kerugian seperti yang telah didefinisikan atau kerugian seperti yang telah ditakrifkan.
Makna05.06.2018

Kembali ke atas