Adakah frasa 'hiperdefinisi' boleh digunakan? Dari frasa bahasa Inggeris 'hyper definition' | Padanan dalam Bahasa Melayu bagi hyper dan definition ialah hiper dan definisi. Secara literal hyper definition boleh diterjemahkan kepada hiperdefinisi berdasarkan terjemahan yang ada bagi kedua-dua perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tiada contoh penggunaan hyper-definition dalam data kami. Carian kami di internet juga tidak menemukan contoh penggunaan perkataan tersebut. | Lain-lain | 24.08.2018 |
Salam mesra, Di PPRM, terjemahan High Definition Television ialah Televisyen Definisi Tinggi. "HD" merupakan singkatan bagi "High Definition". Adakah "DT" atau "HD" dikekalkan sebagai singkatan "Definisi Tinggi"? Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | High Definition dalam bahasa Melayu ialah Definisi Tinggi, namun apabila menulis singkatan "HD" dikekalkan penggunaannya. | Istilah | 12.05.2014 |
I would like to report on your PRPM website. When I clicked on the second tab to see the other definition, it did not load anything on the page and remained on the first tab only. Please refer to screenshot. This issue applies to all words with more than one definition tab. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 10.05.2024 |
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge 2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana 3. high definition television – televisyen definisi tinggi 4. catch-all – rangkum semua 5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC) 6. hand router – penghala tangan 7. cleat – tetupai 8. infinity pool – kolam infiniti 9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV | Istilah | 14.03.2017 |
Salam, Bolehkah saya menggunakan singkatan 'HD' (merujuk kepada High Definition) dalam BM? Cth: Paparan skrin HD untuk pengguna telefon Samsung S5! | Untuk makluman, singkatan "HD" telah diterima dalam bidang teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kami mencadangakan supaya tuan menggunakan "paparan skrin definisi tinggi (HD)" untuk mendidik dan memaklumkan masyarakat tentang istilah bahasa Melayu. | Istilah | 09.04.2014 |
Apakah istilah Bahasa Melayu yang bersesuaian bagi perkataan Bahasa Inggeris ini? Word: Data confrontation Definition: The process of comparing data that have generally been derived from different surveys or other sources, especially those of various frequencies, in order to assess their coherency and the reasons for any differences identified. Explanation: Data confrontation may also take place between statistics produced in different countries. Such processes may or may not attempt to quantify the impact of any differences identified. Source: https://ec.europa.eu/eurostat/statistics-explained/index.php?title=Glossary:Data_confrontation | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah data confrontation ialah konfrontasi data. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.05.2025 |
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Key Fob" dalam Bahasa Melayu? "Key Fob" adalah sejenis token sekuriti (peranti perkakasan kecil dengan bina dalam mekanisme pengesahan. Sumber: http://searchsecurity.techtarget.com/definition/key-fob Saya mendapati beberapa laman web menggunakan "Kunci Fob". Adakah terjemahan tersebut boleh diterima pakai? Terima kasih. | Padanan Kunci Fob bagi Key Fob boleh diterima kerana dalam bidang kesenian kata fob itu dikekalkan bentuknya seperti reben fob. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2015 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Pax"? Frasa ini tidak terkandung dalam DBP. Menurut sumber-sumber dibawah, "pax" bermaksud "passengers" (dalam industri penerbangan) atau "persons/occupants" (dalam hotel/resort) Sumber maksud "Pax": http://www.oxforddictionaries.com/definition/american_english/pax#pax-2 http://forum.wordreference.com/showthread.php?t=2271979. Contoh ayat: Each course about 20pax Adakah frasa ini boleh diterjemahkan sebagai "Paks"? Sila berikan pendapat anda. Mohon bantuan DBP. Semoga DBP dapat juga menambahkan terjemahan "Pax" ini di tapak web anda untuk kemudahan pengguna. Terima kasih. | Terjemahan bagi perkataan pax mengikut konteks seperti dalam ayat Each course about 20pax ialah ‘orang’. Kami mengambil maklum cadangan puan dan terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2015 |
Apakah beza DEfinisi dan definasi? wujudkah istilah dalam BM definasi walhal KAmus DEwan tidak menyebutnya... Knapa fenomena 'definasi' semakin banyk digunakan jika kesahihan penggunaannya yang kabur sumbernya.. | Perkataan yang betul ialah definisi, iaitu terjemahan daripada definition. Perkataan difinasi dianggap salah dan penggunaanya di dalam teks tidak gramatis. Kini penggunaan definisi semakin mantap dan perkataan definasi telah diketahui oleh umum sebagai tidak gramatis. | Tatabahasa | 25.09.2012 |
Salam diucapkan kepada pihak pentadbir DBP. Saya mahu minta cadangan mengenai padanan istilah untuk kata "synarchism" dalam bahasa Melayu. Adakah benar padanan sesuai yang dapat diberikan untuk perkataan tersebut ialah "Sinarkisme"? Menurut Wikipedia, Synarchism ialah: "Synarchism generally means "joint rule" or "harmonious rule". Beyond this general definition, both synarchism and synarchy have been used to denote rule by a secret elite in Vichy France, Italy, China, Hong Kong and Mexico." | Cadangan padanan istilah bahasa Inggeris synarchism dalam bahasa Melayu ialah "sinarkisme". Pembentukan ini dibuat berdasarkan penyerapan daripada perkataan bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan. | Istilah | 03.02.2021 |