bagaimana degan ayat ini, bolehkah diterima penggunaannya. Ayat : Ayah membeli durian dengan banyaknya. | Ayah membeli durian durian dengan banyaknya - ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
antara mihun degan bihun, ejaan mana yang betul? bolehkah kita mulakan ayat dengan Sebagai contohnya/Conthnya ? | Mihun ialah makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa). Bihun ialah sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, kedua-dua ejaannya betul. Sebagai contohnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat manakala contohnya boleh digunakan pada permulaan ayat tetapi perlu ada kesinambungan daripada ayat sebelumnya.
| Lain-lain | 27.08.2015 |
Apakah yang dimaksudkan degan pendekatan proses dalam penulisan karangan | Tidak ada maklumat tentang pendekatan proses dalam pangkalan data kami. Pertanyaan berkaitan mata pelajaran di sekolah, lebih baik merujuk terus kepada guru di sekolah, kecuali soalan berkaitan tatabahasa. | Lain-lain | 07.09.2015 |
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu? | Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Saya nawawi Deeka belajar bahasa melayu dasar university fatoni ingin tertanya tentang bugu berhubungan degan sejarah fatoni | Untuk makluman tuan, dalam rujukan kami, tiada buku berhubungan dengan Sejarah Patani, Thailand. Tuan juga boleh layari laman sesawang DBP iaitu http://www.dbp.gov.my . Tuan boleh memilih judul-judul buku yang sesuai untuk tajuk tersebut. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya! | Lain-lain | 03.11.2015 |
apa makna mumia | Mumia bermaksud mayat manusia atau bangkai binatang yang diawet sebelum dikebumikan (seperti yang diamalkan pada zaman Mesir kuno); memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput degan cara melumurkan minyak khas dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 25.07.2012 |
assalamualaikum.. saya nak tahu mana yg betul.. Bercuti di Kampung atau Bercuti Di Kampung | Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil. | Tatabahasa | 28.02.2010 |
Tajuk karangan antara 'Bercuti di Kampung' dan 'Bercuti Di Kampung'. Antara berikut,adakah huruf 'd' untuk perkataan 'di' itu perlu ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil? | Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil. | Tatabahasa | 28.02.2010 |
Hi DBP, Bolehkah saya tanya soalan tentang kata Majmuk? Soalan ini kerja sekolah (Buku activiti BM tahun 3)anak saya. Adakah ayat bawah ini merupakan ayat Majmuk? 1. Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis. 2. Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa degan madu. * "dengan" dalam ayat ini ialah ks atau kh? Adakah "dengan" disini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan? 3. Bagi, Puan Sakina, sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarfanya. *Adakah "yang" di ayat ini merupakan kata hubung? Saya cuba mencari maklumat tentang soalan atas tetapi tidak dapat penjelasan yang jelas. Terima kasih! Regards, James Ng | Ayat “Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis”. 2. “Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa dengan madu” bukan ayat majmuk. "dengan" dalam ayat ini ialah kata sendi. Ayat ini bukan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh kata hubung pancangan keterangan ialah kalau, hingga, sementara, setelah, sewaktu, semasa, sungguhpun dan lain-lain ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga, muka surat 253) Frasa sendi nama dengan madu atau dengan sambal ikan bilis merupakan unsur keterangan kepada frasa nama madu dan ikan bilis. Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, dan bagi contoh ayat ini menunjukkan keterangan alat ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga ) 3. "yang" dalam ayat "sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarganya" merupakan kata hubung pancangan relatif.
| Tatabahasa | 24.01.2019 |
soalan saya adalah,ketika kita menulis tajuk karangan... Contohnya "Bercuti Di Kampung"... adakah menjadi 1 kesalahan kerana menulis perkataan "Di" dengan huruf besar.....atau pun perlu ditulis dengan huruf kecil... saya tidak paham dan perlukan penjelasan dari DBP... terima kasih... | Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil. | Tatabahasa | 01.03.2010 |