Bagi halatuju "Malaysia To Realise Golden Digital Decade", adakah penggunaan yang lebih sesuai sama ada "Dekad Digital Keemasan" atau "Dekad Keemasan Digital". Mohon bantuan dan pencerahan jua. | Cadangan terjemahan bagi "Golden Digital Decade" ialah “Dekad Digital Menyerlah”. Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2023 |
selamat malam,soalan saya ialah apakah yang dimaksudkan dengan dekad 1980-an.tahun bilakah ia bermula dan berakhir. | Dekad: jangka masa sepuluh tahun: ~ pertama dlm abad dua puluh ialah dr tahun 1901 hingga tahun 1910. Dekad 1980-an (1980-1989). | Makna | 05.10.2009 |
Penggunaan kata sedekad' dalam ayat. Saya maklum dekad bermaksud 10 tahun. Persoalannya, adakah perlu tambahan imbuhan 'se' bagi membawa maksud 10 tahun. Contoh ayat: Duka kerana setelah lebih sedekad dia bakal perlu merombak hidupnya. | Ungkapan yang betul ialah dekad atau sepuluh tahun atau dasawarsa. Tidak perlu lagi awalan "se" bagi perkataan dekad. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Salam. Saya Intan dari Perpustakaan KPM. Saya ingin memohon bahan-bahan untuk pameran sempena Bulan Dekad Bahasa Kebangsaan. Bagaimana cara untuk mendapatkannya? saya boleh dihubungi di talian 0193962469 atau intan.arsad@moe.gov.my sekian terima kasih | Salam sejahtera, Bahan Promosi Dekad Bahasa Kebangsaan Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa pihak urus setia Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) yang menyelaras kegiatan DBK peringkat KPM akan menghubungi puan untuk urusan ini. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 16.08.2022 |
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu. | Frasa Jejak Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna. | Lain-lain | 19.02.2013 |
Sedang mencari Laman Sesawang DEKAD MEMBACA, tetapi belum saya temyui dalam Laman Utama DBP ini. | Assalammualaikum WBT. Laman sesawang ini dalam proses pembinaan. Terima kasih. | Lain-lain | 04.04.2019 |
makna dasawarsa | Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun atau dekad. | Makna | 10.10.2011 |
Assalamualaykum.Saya adalah peminat segala jenis bacaan bermanfaat.Seingat saya pada dekad 70an saya pernah membaca siri terjemahan Hikayat tersebut yang telah diterjemah oleh ? dan diterbit oleh DBP dengan gaya bahasa yang menarik dan jelas, sayang nya ia tiada lagi di pasaran untuk membolehkan generasi anak2 kita menikmatinya. 2. Saya Harap Dewan Bahasa dapat membongkar semula arkibnya dan mengulang cetak khazanah yang berharga ini. Maklumbalas tuan dalam hal ini amatlah dihargai.Sekian,terima kasih. | Waalaikumsalam. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pencarian buku tersebut, mohon tuan nyatakan judul hikayat yang berkenaan. | Lain-lain | 02.04.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan dasarwarsa? | Dasawarsa bermaksud masa sepuluh tahun, dekad. | Makna | 08.11.2009 |
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat? | Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas. | Tatabahasa | 01.07.2008 |