Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mi] | دمي

Definisi : 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka ber­bagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mi] | دمي

Definisi : 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demi

Puisi
 

Pandai mengalah meniti batang,
     Raja Panji turun berkuda;
Demi jauh tuan datang,
     Menuntut janji dari semula.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan yang mana betul?? 'demi menjaga kemakmuran negara' atau demi kemakmuran negara'???Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat. Bagi ayat demi menjaga kemakmuran negara, ayat ini lebih kepada usaha mempertahankan kemakmuran negara, manakala bagi ayat demi kemakmuran negara pula, ayat ini lebih kepada harapan daripada usaha mempertahakan kemakmuran negara.  Lain-lain08.10.2010
Salam perpaduan. Adakah penggunaan kata demi betul dalam ayat berikut ? Ahmad mengulangkaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Terima kasih.Penggunaan kata "demi" dalam ayat tersebut betul. "Ahmad mengulang kaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan."(betulkan ejaan mengulang kaji) Tatabahasa07.04.2020
berikan kesalahan ayat yang menggunakan perkataan (demi,untuk),(terhadap,tentang),(dengan,akan)Contoh penggunaan kata sendi nama 'demi dan untuk' ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.' Ayat yang betul ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.' Manakala contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama 'dengan dan akan' ialah 'Wanita itu amat rindu dengan anaknya.' Ayat yang betul ialah 'Wanita itu amat rindu akan anaknya.'Tatabahasa07.03.2007
Salam, pembetulan bagi soalan yang diajukan semalam. Soalan yang sebenar ialah: "Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'demi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya demi menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Pandangan tuan betul, kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun perlu diingat kata "demi" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Dalam ayat contoh yang diberikan kata "demi" berfungsi sebagai kata keterangan.Tatabahasa23.05.2013
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya.Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa22.04.2013
Saya difahamkan bahawa perkataan 'untuk' dan 'demi' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama. Namun dalam banyak situasi, perkataan 'untuk/demi' juga diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh: (1) Saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. (2) Kita perlu mengikis segala perasaan iri hati dan cemburu demi memperkukuh parti. Adakah penggunaan 'untuk' dan 'demi' dalam kedua-dua ayat di atas dibenarkan? Penggunaan sedemikian tidak terdapat dalam Dewan Tatabahasa.Perkataan untuk/demi berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dan juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dan hadir sebelum kata kerja.Tatabahasa25.07.2018
Apakah perbezaan anatara penggunaan demi dengan untuk?Kata sendi nama "demi" membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kestabilan negara. Kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.Tatabahasa10.10.2019
"Bina Badan Untuk Kesihatan" atau "Bina Badan Demi Kesihatan" atau "Membina Badan Untuk Kesihatan"?Kedua-dua adalah betul. Demi dan untuk adalah perkataan yang silih berganti. Salah sekiranya digunakan bersama. 'Bina Badan untuk Kesihatan'. 'Bina Badan demi Kesihatan'. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2007
Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa. ada satu salah kata/istilah dan satu lagi salah tatabahasa. demi atau untuk dan satu lagi di peringkat antarabangsa ke?bagaimana dengan membolehkannya? membolehkan mereka betul keDemi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama. - Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa.Tatabahasa18.07.2008
Tuan,mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata , " demi dan untuk", "agar dan supaya", " tentang dan mengenai". Sekian terima kasih.1. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
2. Agar dan supaya boleh bertukar ganti penggunaannya.
3. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.
Tatabahasa23.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas