berikan kesalahan ayat yang menggunakan perkataan (demi,untuk),(terhadap,tentang),(dengan,akan) | Contoh penggunaan kata sendi nama 'demi dan untuk' ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.' Ayat yang betul ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.' Manakala contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama 'dengan dan akan' ialah 'Wanita itu amat rindu dengan anaknya.' Ayat yang betul ialah 'Wanita itu amat rindu akan anaknya.' | Tatabahasa | 07.03.2007 |
Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa. ada satu salah kata/istilah dan satu lagi salah tatabahasa. demi atau untuk dan satu lagi di peringkat antarabangsa ke?bagaimana dengan membolehkannya? membolehkan mereka betul ke | Demi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama. - Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Tuan, Kata sendi seperti demi untuk, dan kata hubung jika sekiranya memang tidak boleh digunakan serentak. Soalan saya bolehkah kita menggunakan kata sendirti 'hingga ke' atau 'hingga kepada' secara serentak untuk tujuan penegasan? Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Ali masih belum bertaubat hingga ke hari ini. Nasib malangnya berlanjutkan hingga kepada anak isterinya. Sekian, terima kasih. Chan Soon Aun | Pengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. Sila ruku buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 08.07.2010 |
ayat ini betul atau salah dan alasan... 1) data-data yang terdapat dalam dokumen itu didapati benar belaka. 2) patuhilah undang-undang demi untuk keselamatan orang ramai. 3)ibu menjahitkan kakak sehelai baju kebaya. | 1. Betul. 2. Patuhilah undang-undang demi keselamatan orang ramai. Demi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk. 3. Betul. | Tatabahasa | 03.04.2014 |
Kepada yang dihormati, Dalam penggunaan kata, apakah perbezaan antara penggunaan perkataan ("demi", "untuk", dan "bagi") dan ("agar" dan "supaya")? Terima kasih atas bantuan anda. Elwin | Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
For the sake of simplicity, this service manual does not contain all detailed ... Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk frasa 'For the sake of simplicity'? Demi memudahkan? Secara mudah? Ringkasnya? Demi untuk kemudahan? Sebagai pemudah cara? Sekian. Terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan ialah: Untuk memudahkan pengguna, ... | Penyemakan dan penterjemahan | 25.01.2017 |
Salam sejahtera tuan, saya ada pertanyaan tentang kata sendi nama. 1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. Adakah hingga betul? Ataupun kata sendi nama ke lebih sesuai untuk ayat ini? 2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. Adakah ke betul? 3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi menjaga keamanan negara. Adakah demi/untuk sesuai bagi ayat ini? Terima kasih. | 1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. 2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. 3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi/untuk menjaga keamanan negara. | Tatabahasa | 06.03.2021 |
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'? | Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan. | Lain-lain | 05.10.2020 |
Saya difahamkan bahawa perkataan 'untuk' dan 'demi' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama. Namun dalam banyak situasi, perkataan 'untuk/demi' juga diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh: (1) Saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. (2) Kita perlu mengikis segala perasaan iri hati dan cemburu demi memperkukuh parti. Adakah penggunaan 'untuk' dan 'demi' dalam kedua-dua ayat di atas dibenarkan? Penggunaan sedemikian tidak terdapat dalam Dewan Tatabahasa. | Perkataan untuk/demi berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dan juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dan hadir sebelum kata kerja. | Tatabahasa | 25.07.2018 |
Adakah terdapat perbezaan antara sejak kebelakangan ini dengan sejak belakangan ini ? Bagaimana pula dengan penggunaan 2 kata sendi nama dalam ayat berikut : 1a. Semoga anda berbahagia hingga ke anak cucu. Boleh ke sendi hingga digunakan bersama dengan sendi ke secara berturutan dalam ayat yang sama? lazimnya sejak dari, demi untuk salah kan? tq | Yang betul ialah sejak belakangan ini; semoga anda bahagia hingga anak cucu; sejak kecil; demi keselamatan. | Tatabahasa | 03.04.2008 |