sosio demografi perlu dekat atau dijarakkan ? | Dieja sebagai satu perkataan, sosiodemografi. | Ejaan | 26.11.2010 |
Apa maksud DEMOGRAFI respondan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu: faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja. | Makna | 31.05.2010 |
maksud (1) Demografi dan Biografi (2) Bulat air kerana pembetung ............. (mohon berikan peribahasa ini dengan penuh) | DEmografi ialah kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dalam tempoh tertentu. Biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Peribahasa lengkap : Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. | Makna | 08.07.2008 |
salam 1 Malaysia, soalan saya: apakah perkataan yang lebih sesuai untuk ayat berikut: "bagi" atau "dalam" contoh 1 : Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah bagi tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. contoh 2 : Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah dalam tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. tq | Salam, Ayat yang betul ialah "Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah bagi tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar." | Tatabahasa | 17.08.2015 |
salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC) | Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 06.04.2011 |
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke? | Salam sejahtera, Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah. Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel. Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar) | Ejaan | 04.11.2012 |
Tuan, Saya ingin bertanyakan mengenai terjemahan 'millennial generation' dalam Bahasa Melayu. Bolehkah saya menterjemahkannya kepada generasi milenial dalam penulisan saya. Besar harapan saya agar tuan dapat menjawab persoalan ini kerana saya telah mengemukakan soalan yang sama pada bulan Oktober lalu tetapi masih belum memperoleh jawapan daripada pihak tuan. Terima kasih atas kerjasama. | Berdasarkan data DBP, tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk istilah 'millennial generation'. Dalam data kami, terdapat istilah generasi milenium (untuk padanan dalam bahasa Inggeris millenium generation) yang merujuk pada generasi yang lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001 (di banyak negara). Istilah generasi milenium juga dikenali sebagai Generasi Y digunakan dalam bidang demografi, sains politik, dan pemasaran. | Istilah | 28.11.2017 |