| Betulkah penggunaan tanda seruan ! dalam ayat ini “Eh! Bukan sayalah yang bertugas hari ini,” ujar Sarah dengan yakin. | Penggunaan tanda seru yang betul ialah "Eh, bukan sayalah yang bertugas hari ini!", ujar Sarah dengan yakin. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannya | Peribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum. | Makna | 16.07.2008 |
| Frasa yang mana betul. Yakin dengan kekuasaan Allah atau yakin akan kekuasaan Allah | Kedua-dua frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 22.08.2022 |
| Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai bagi ungkapan moto "In God We Trust" ke dalam bahasa Melayu? Berikut di bawah merupakan cadangan terjemahan daripada saya sendiri: a) Kami percaya/yakin pada Tuhan b) Dengan Tuhan yang kami yakini/percaya | Padanan bahasa Melayu untuk "In God we trust" ialah Kami percaya atau yakin dengan Tuhan. | Makna | 10.08.2021 |
| Farhan dengan penuh yakin, melangkah ke dewan peperiksaan berbekalkan doa ibunya. Adakah apa-apa kesalahan dalam ayat tersebut? | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
| Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. | 1. "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin. 4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
| Adakah ayat ini ada bermasalah? Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan,namun kita yakin akan dapat diselesaikan awal. | Cadangan ayat yang betul ialah Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan dan kami yakin akan dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih awal. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
| Saya masih kurang jelas dengan erti perkataan 'rekayasa' dan tidak yakin untuk menggunakannya takut-takut berlaku "malapropism". Harap pihak tuan dapat memberikan beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan rekayasa. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta. | Makna | 16.06.2009 |
| Tuan, mohon bantuan untuk menterjemah istilah "liquidity squeeze". Saya telah cuba membuat rujukan di PRPM namun kedua-dua perkataan tersebut diterjemah secara berasingan sebagai "kecairan" dan "keketatan". Namun begitu saya tidak yakin untuk menggunakannua kerana saya berasa kolokasinya kurang tepat iaitu kecairan dengan ketat. Saya juga terjumpa satu istilah iaitu "pereputan kecairan" namun saya tetap belum yakin sepenuhnya. Mohon jasa bail tuan. Terima kasih. | Kami mencadangkan liquidity squeeze diterjemahkan sebagai "kekangan mudah tunai". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 29.03.2022 |
| Memohon atas nama pusat nama: Pusat Perkembangan Minda Interaktif (Fokus Lambang Yakin FLY) | Sila nyatakan soalan saudara dengan jelas. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 14.05.2013 |