2. Kita perlulah membantu ibu menjaga adik dan bermain-main dengannya sementara ibu kita memasak di dapur. adakah ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah "Kita perlulah membantu ibu menjaga adik dan bermain-main dengannya, sementara ibu memasak di dapur." | Lain-lain | 27.09.2024 |
Tuan, perkataan manakah yang betul bagi ayat di bawah ini? sama ada 'disebabkan' atau 'oleh sebab'. ____ Iman cantik ramai yang ingin berkawan dengannya. | Ayat yang gramatis, Oleh sebab kecantikan Iman, ramai yang ingin berkawan dengannya. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Adakah gelaran dato', datin, tan sri dan yang seumpama dengannya itu ialah kata nama khas? | Gelaran tersebut bukan nama khas. | Lain-lain | 27.10.2015 |
Bolehkah majlis untuk penyampaian sijil diploma atau yang setaraf dengannya dinamakan majlis konvokesyen atau majlis graduasi? | Majlis penyampaian sijil diploma tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. | Lain-lain | 14.06.2015 |
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah digunakan. | Sastera | 04.05.2011 |
Apa itu "constrained by her draught", apakah konsep yang setara dengannya bahasa Melayu? | Tidak ada padanan frasa berkenaan dalam pangkalan data kami. Sila kemukakan cadangan terjemahan dan konsep penggunaan frasa tersebut untuk semakan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2016 |
maksud perkataan akustika dan lain-lain perkataan yang sama makna dengannya | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan akustik yang bermaksud kajian saintifik tentang bunyi ATAU bkn bunyi atau deria pendengaran | Makna | 17.11.2006 |
Bolehkah "kombo" digunakan sebagai terjemahan "combo deals" atau tawaran yang sama dengannya dalam konteks pemasaran? Jika ya, ia masih belum dimasukkan ke dalam senarai istilah. | Merujuk Kamus Dewan Perdana 2021, perkataan kombo juga bermaksud gabungan yang merujuk dalam konteks pemasaran seperti yang tuan maksudkan. Perkataan kombo boleh digunakan untuk terjemahan bahasa Inggeris combo deals. | Istilah | 10.02.2022 |
Nama saya KUHAFEESAH RONGSO. Saya ingin bertanya DBP dalam perkataan "KORANG" apa yang bermaksud dengannya,dan berasal dari bahasa apa? TERIMAKASIH. | "Korang" ialah bahasa percakapan yang bermaksud engkau atau kamu (berdasarkan konteks penggunaannya). | Tatabahasa | 30.10.2014 |
adakah dalam bahasa malaysia "bayaran penultimate" boleh digunakan atau ada lagi perkataan yang bersesuaian dengannya? | Saudara, Dalam bahasa Melayu tidak ada perkataan 'penultimate'. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'ultimate' dalam bahasa Melayu ialah terakhir atau muktamad. Walau bagaimanapun diharap saudara dapat memberikan ayat yang lengkap atau contoh penggunaan agar dapat kami memberikan padanan yang sesuai. | Istilah | 28.07.2009 |