Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngar] | دڠر

Definisi : ; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah me­nangkap (percakapan, kata-kata yg di­tutur­kan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, meng­endahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan men­dengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; men­dengarkan, mendengari 1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) men­­­dengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngar] | دڠر

Definisi : ; mendengar 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~, dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1 orang yg mendengar: ~ radio. 2 alat atau perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengar

Puisi
 

Di mana kepayang yang gugur,
     Dengar akan bunyi labuknya;
Di mana si dayangku tidur,
     Dengar akan bunyi jua batuknya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar jika dalam ayat, mana satu yang perlu digunakan.Ungkapan yang betul, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.Tatabahasa14.11.2016
a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. b) Hei, awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?!" Alisa mencuit bahu Alina.a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. Sila rujuk buku Gaya Dewan untuk lebih menguasai aspek tanda baca.Ejaan03.11.2011
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. tuan, jawapan yang salah dalam ayat ini ialah "diberitahukan" adakah benar? saya tidak faham mengapa "dengar" adalah betul dalam ayat ini tanpa menggunakan imbuhan. tqPenggunaan perkataan 'dengar' dalam ayat tersebut adalah salah. Ayat yang betul ialah 'Saya tidak mendengar apa-apa yang yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar.'Tatabahasa26.07.2011
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. (apakah kesalahan?) tuan, ini soalan peperiksaan sekolah saya, jawapan daripada guru ialah ddiberitahukan, tetapi saya memang susah untuk menerimanya. tqHingar-bingar bermaksud sangat bising, sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Penggunaan kata hingar-bingar dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.07.2011
Saya biasa dengar peribahasa menahan lukah di pergentingan, baru-baru ini saya terbaca pulak ada menahan lukah di penggentingan. Adakah pergentingan dan penggentingan itu perkataan yang sama maksud walaupun sedikit berlainan ejaan dan boleh juga diterima dari segi bahasa?Ejaan yang betul ialah pergentingan yang bermaksud tempat yang genting. Penggentingan bermaksud perihal atau perbuatan menggentingkan.Ejaan04.03.2008
Kita biasa dengar atau baca sumbangan DBP kepada masyarakat, tetatpi jarang sekali kita dengar tentang sumbangan masyarakat kepada DBP. Adakah apa-apa artikel atau pendapat tenteng sumbangan masyarakat kepada DBP? Dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang perkara ini?Saudara bolehlah ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP bagi mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain28.07.2010
1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih.

1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah.

2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap.

Tatabahasa10.05.2011
1) Tolong jangan dengar cakap dia 2) Sila jangan duduk di situ Adakah dua ayat di atas menyalahi hukum ayat? Sila beri keterangan.Jawapan yang tepat:

1. Jangan dengar cakap dia 
2. Jangan duduk di situ

Ayat permintaan dalam bahasa Melayu ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti "minta", "sila" dan "tolong", dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat  permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif, sebagaimana ayat larangan yang menggunakan perkataan "jangan". 
Tatabahasa04.09.2015
1. adakah menjadi kesalahan apabila sesuatu kata dasar tidak diimbukan? contohnya "...hiba hati apabila dia dengar ucapan saya...? perlukah perkataan dengar dimbuhkan menjadi mendengar? contoh kedua, "saya nak ucap terima kasih...". perlukan ucap diimbuhkan? wujudkah peraturan untuk pengimbuhan 2. mana satu yang benar Tun Dr.Mahathir ataupun Tun Dr Mahathir? perlu kah diletakkan tanda (.) bagi gelaran seperti di atas?1. Untuk makluman, kata dasar tidak semestinya diimbuhkan dan berdasarkan konteks ayat. Kata dasar mempunyai makna boleh berdiri sendiri tanpa proses pengimbuhan.

2.Tun Dr. Mahathir
Tatabahasa29.03.2013
Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya?Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya.Tatabahasa21.03.2012
1234567

Kembali ke atas