Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengarkan

Peribahasa

Khabar jauh dengar-dengarkan,
     khabar dekat fikir-fikirkan.

Bermaksud :

Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan petikan berikut: "Bernama Radio24 ‎~Menguji kelajuan internet~ Dengarkan Azli On Air ICT dan Anda sekarang! Sebarang soalan 03 2692 7939" - dengarkan atau degar?"dengar Azli ..." atau "dengarkan Azli..." - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah.Tatabahasa06.11.2012
1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih.

1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah.

2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap.

Tatabahasa10.05.2011
Apakah buku yang boleh digunakan untuk pertandingan dengarkan sirah nabi anjuran KEMAS yang berusaha sama dengan DBP? Saya perlukan buku tersebut cepat. 
Salam sejahtera,

Buku sirah nabi 

Untuk makluman, sehingga kini DBP tidak mempunyai buku khusus berkaitan sirah nabi bagi kanak-kanak prasekolah. Namun begitu, DBP mempunyai buku yang berkaitan sirah nabi bagi versi dan laras bacaan untuk pembaca dewasa seperti lampiran.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.08.2021
Terus dengarkanlah Radio 24 atau teruskan mendengar Radio 24? Dengarkan kami di Hot FM atau dengarlah kami di Hot FM? Terima kasihKedua-duanya boleh digunakan, iaitu terus dengarkanlah Radio 24/Hot FM atau teruskan mendengar Radio 24?Hot FM. Bagi perkataan dengarlah, partikel lah digunakan untuk menguatkan maksud atau pengertian "dengar".Tatabahasa26.04.2012
Adakah betul penggunaan bahasa oleh deejay semua radio RTM yang selalu menyebut " terima kasih kerana mendengarkan kami di.... " dan " sekarang kami dengarkan lagu...". Dan apakah tindakan DBP untuk membetulkan kesilapan ini

Ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut adalah salah. Antara tindakan yang dibuat oleh pihak DBP, antaranya ialah menghantar surat teguran kepada penerbit setelah pemantauan dan laporan dibuat. Untuk pengetahuan tuan/ puan, DBP memang melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa Melayu ke atas media penyiaran, medai cetak dan laman web. Untuk media penyiaran, pemantauan akan dijalankan ke atas rancangan yang dikesan banyak menggunakan bahasa Melayu yang salah. Setelah itu, laporan akan dibuat dan surat teguran akan dikeluarkan untuk penerbit rancangan tersebut. Kami juga akan mengeluarkan surat ucapan tahniah sekiranya didapati media terbabit menggunakan bahasa Melayu yang betul. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan.

Lain-lain29.08.2008
Saya guru dan mempunyai kemusykilan dalam penggunaan kata penguat "HANYA" dan "SAHAJA". Bolehkah kedua-dua kata penguat ini hadir serentak? Contoh ayat : Hanya dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Soalan kedua : "Dengarkan lagu ini" Itu antara ungkapan seorang juruhebah radio seperti yang sering kita dengar. Betulkah ungkapan itu?

Untuk makluman tuan, kata “hanya” dan “sahaja” merupakan golongan kata penegas dan bukannya kata penguat. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" dan "sahaja" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi, maka ayat tuan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut (bagi mengelakkan unsur lewah):

(a)             Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut.    Atau

(b)             Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. 

Berkaitan dengan ungkapan “ dengarkan lagu ini” sepatutnya disebut “dengarlah lagu ini.

Tatabahasa19.06.2009

Kembali ke atas