Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Dengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Salam sejahtera. Nak tanya ayat yang berikut adakah betul? 1. Dia duduk di belakang saya semasa kelas. 2. Dengarlah, apakah yang cikgu sedang cakap? ataupun Dengarlah, apakah yang sedag cikgu cakap? 3. Semua rakan sekelas sangat suka saya? ataupun "suka akan saya" Harap dapat maklum balas dari tuan. Terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Dia duduk di belakang saya semasa di kelas. 2. Dengarlah, apa yang cikgu sedang cakap! 3. Semua rakan sekelas sangat suka akan saya. | | | | Tatabahasa | 15.07.2019 |
Terus dengarkanlah Radio 24 atau teruskan mendengar Radio 24? Dengarkan kami di Hot FM atau dengarlah kami di Hot FM? Terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu terus dengarkanlah Radio 24/Hot FM atau teruskan mendengar Radio 24?Hot FM. Bagi perkataan dengarlah, partikel lah digunakan untuk menguatkan maksud atau pengertian "dengar". | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Penggunaan tanda baca koma yang mana adalah betul? (contoh ayat ialah lirik lagu) 1. Bungalah mawar, aduhai sayang, tumbuh di taman 2. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman 1. Oh, sayang, kembalilah kepadaku 2. Oh sayang, kembalilah kepadaku 1. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu 2. Oh Tuhan, dengarlah rintihan hambamu | Penggunaan tanda baca yang betul seperti yang berikut: - Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman!
- Oh, sayang, kembalilah kepadaku!
- Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu!
Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 255.
| Lain-lain | 06.02.2023 |
Selamat sejahtera, 3 ayat ini betul atau salah? 1. Apabila ibu bapa memberikan tugasan, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugasan mereka. 2. Semasa ibu bapa mendidik kita, dengarlah didikan mereka dengan teliti. 3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang reda. 3 ayat tersebut ialah ayat perintah atau ayat majmuk? terima kasih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Apabila ibu bapa meminta kita untuk berbuat sesuatu, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugas yang diberikan. (ayat perintah: larangan) 2. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa yang bertujuan untuk mendidik kita. (ayat perintah - permintaan) 3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang terbuka. (ayat perintah - permintaan) Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 21.03.2025 |
Salam,Tuan.Saya nak tanya bagaimanakah menggunakan peribahasa ini dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu "Banyak makan garam".Maksud peribahasa ialah banyak pengalaman.Kalau saya nak kat guru yanb berpengalaman.Bolehkah saya kata guru yang makan garam?Minta Tuan boleh memberi contoh ayat.Terima kasih. | Peribahasa makan garam membawa maksud seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman. Ayat yang betul ialah Dengarlah nasihat guru kerana mereka telah lama makan garam. | Lain-lain | 23.01.2021 |