Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi dentam yg berulang-ulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dentam-dentum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bunyi dentam-dentum yang berulang-ulang itu menakutkan anak-anak itu. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah yang salah?Ayat yang betul ialah “Bunyi dentam-dentum itu menakutkan anak-anak itu.”.  Frasa “berulang-ulang” tidak perlu dimasukkan dalam ayat kerana perkataan “dentam-dentum” telah membawa maksud  bunyi dentam yang berulang-ulang.Tatabahasa30.07.2022
bunyi untuk meriam = degum-degam betul ke salah atau dentam-dentum bunyi utuk ape?

Degum-degam untuk meriam, dentam-dentum untuk bunga api.

Tatabahasa16.09.2008
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009

Kembali ke atas