Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "dependent locality" merujuk kepada sesuatu nama bandar kecil atau kampung yang kadang kala dimasukkan dalam alamat apabila tempat penghantaran berada di luar sempadan bandar pos utama yang digunakan bagi tujuan pos. Manakala istilah "double dependent locality" pula merujuk kepada sesuatu taman perniagaan, kawasan perindustrian atau perkampungan desa yang lebih kecil daripada "dependent locality", yang kadang kala dimasukkan dalam alamat. Apakah istilah yang sesuai untuk "dependent locality" dan "double dependent locality"? Bolehkah "kawasan sandaran" dan "kawasan sandaran berganda" masing-masing diterima? Sekali lagi, terima kasih. | Istilah “dependent locality” dan “double dependent locality” secara teorinya tidak dilaksanakan di Malaysia. Oleh sebab itu, padanan yang sesuai dan paling hampir menepati konsep ini ialah istilah di alamat. Namun, kini konsep ini jarang digunakan dalam sistem penghantaran melalui pos. | Istilah | 18.12.2019 |
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Dependent Information"? Konteks ini digunakan dalam borang di lapangan terbang. Terima kasih. | Dalam data kami, istilah dependent dipadankan sebagai tanggungan yang digunakan dalam bidang ekonomi. Cadangan kami bagi istilah dependent information ialah Maklumat Tanggungan jika bersesuaian dengan konsep yang hendak dinyatakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.05.2014 |
Mohon pencerahan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "undue influence" seperti dalam ayat ini: According to Hassan, a cult is an organization that exercises undue influence over its members to make them dependent and obedient. Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan. | Kami mencadangkan undue influence diterjemahkan sebagai "pengaruh tak wajar". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 21.02.2022 |
Saya mencari translation Bahasa Melayu bagi perkataan "coercive isomorphism". Contoh ayat : "Coercive isomorphism is a consequence of an organisation experiencing institutionalised pressure from another organisation or entity to which they are dependent on, to act in a certain manner (DiMaggio & Powell, 1983). These coercive pressures are evident when powerful organisations force organisations with less power to act in compliance to certain actions and behaviours to receive legitimacy, and its subsequent benefits (Edwards et al., 2009)" Boleh bantu saya untuk translate ke Bahasa Melayu bagi perenggan di atas? Terima kasih | Pihak kami mencadangkan "coercive isomorphism" diterjemahkan sebagai "isomorfisma paksa" atau "isomorfisma paksaan" Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.
| Istilah | 25.08.2020 |
Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Saya perlukan penterjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dibawah: • Reasoning • querying technique • semantic browsing and searching • visualizing • transitive relations • presenting • adopted • controlled experiment • usability study • dependent variables • correctness • source code • improved Terima kasih atas panduan tuan/puan. | Padanan bagi reasoning ialah taakulan atau penaakulan, bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut dalam ayat. Sila gunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan kemudahan yang disediakan oleh DBP untuk pengguna membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Makna | 26.11.2014 |
Assalamualaikum, saya perlukan nasihat atas beberapa istilah sains berikut yang sepadan dengan istilah Bahasa Melayu. Baltimore virus classification Class I: double stranded DNA virus Class II: single stranded positive sense DNA virus Class III: double stranded RNA virus Class IV: positive sense single stranded RNA virus Class V: negative sense single stranded RNA virus Class VI: single stranded positive sense RNA virus with reverse transcriptase Class VII: double stranded DNA virus with reverse transcriptase 5′ (Five-prime) methylated cap 3′ (Three-prime) polyadenylated tail 5′ (Five-prime)-leader-untranslated region (UTR) RNA dependent RNA polymerase DNA dependent RNA polymerase DNA directed DNA polymerase RNA directed DNA polymerase Terima kasih | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan istilah-istilah yang berikut: Pengelasan Virus Baltimore: - Kelas i: Virus DNA bebenang ganda dua
- Kelas ii: Virus DNA bebenang tunggal deria positif
- Kelas iii: Virus RNA bebenang ganda dua
- Kelas iv: Virus RNA bebenang tunggal deria positif
- Kelas v: Virus RNA bebenang tunggal deria negatif
- Kelas vi: Virus RNA bebenang tunggal deria positif dengan transkriptase berbalik
Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk istilah sains Kelas VII, mohon pihak puan untuk memberikan terjemahannya terlebih dahulu untuk kami semak dari segi bahasa. Puan juga boleh merujuk laman web prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan istilah yang bersesuaian. | Istilah | 04.04.2020 |