Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depends


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta tanya: Apakah istilah padanan Bahasa Malaysia yang tepat bagi "escalate" dan "escalation level" dalam konteks aras layanan bagi sokongan teknikal? Contoh ayat konteks: "if no solution is found, we will escalate the matter to level 2 support" atau "escalation level depends on the severity of the problem."Padanan istilah bahasa Melayu untuk escalate ialah peningkatan dan padanan bahasa Melayu untuk escalation level  ialah tahap peningkatan, perluasan atau penambahan. Penyemakan dan penterjemahan17.08.2017
Assalamualaikum tuan/puan, Izinkan saya bertanya, menurut cakupan skrin seperti dlampirkan dibawah. Adakah outcome telah masuk dan diiktiraf sebagai isitilah dalam Bahasa Melayu? Setelah membuat carian di laman web DBP. Carian saya hanya berjaya mendapatkan definisi daripada kamus inggeris-melayu. Jika tiada di dalam istilah BM. Maka apa perkataan yang sesuai digunakan sebagai ganti outcome? Bantuan tuan/puan amat saya hargai.Waalaikumsalam, menurut Kamus  Melayu- Inggeris DBP, perkataan outcome bermaksud hasil: Contoh ayat; whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan  outcome belum diiktiraf sebagai istilah dalam bahasa Melayu dan perkataan ini diberikan padanan maksud mengikut bidang seperti contoh yang berikut: outcome indicator- penunjuk hasil-bidang sains politik; outcome standard- piawai dapatan- bidang pendidikan; outcome evaluation-penilaian hasil- bidang pendidikan. Selain itu, perkataan outcome  juga boleh bermaksud akibat. sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah.Istilah04.04.2018
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Makna output ialah  hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu.

Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat.  Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan  sekadar contoh, boleh membawa maksud  keluaran atau produk  yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan.    

Makna23.03.2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mencadangkan istilah 'Business Care.' Berikut merupakan definisi bagi istilah tersebut dalam bahasa inggeris: A business case captures the reasoning for initiating a project or task. It is often presented in a well-structured written document, but may also sometimes come in the form of a short verbal argument or presentation. The logic of the business case is that, whenever resources such as money or effort are consumed, they should be in support of a specific business need. An example could be that a software upgrade might improve system performance, but the "business case" is that better performance would improve customer satisfaction, require less task processing time, or reduce system maintenance costs. A compelling business case adequately captures both the quantifiable and non-quantifiable characteristics of a proposed project. Business case depends on business attitude and business volume.Berdasarkan soalan puan, terdapat dua istilah yang berbeza iaitu "business care" dan "business case". Sila nyatakan sama ada puan bertanya tentang "business care" atau "business case".Lain-lain25.11.2019

Kembali ke atas